Thursday, June 23, 2011

Perasaan yang takleh digambarkan !!

Gosh! aku mimpi ke apa ni? macam tak percaya je. Memang susah aku nak bagitahu camne.
Aku mula kenal dunia blog ni sejak aku tertarik dengan tajuk sebuah blog ni. Tajuk dia memang menarik perhatian aku. haha bile dah bace blog dia, lagi la buat aku tertarik nak kunjungi setiap hari. Boleh dikatakan semua entri dia aku suka.Terbukti yang pemilik blog tu tak gay, sebab dia da kawen. tapi ade je yang gay walaupun dah kawen. hehe aku rasa, mesti ada yang dah boleh agak blog siapa. adui.. ku nak cakap benda lain sebenarnya tadi, tapi da lupa da..hehe dek kerana minatnya aku dengan blog beliau, akhirnya otak aku telah menyarankan aku untuk bergelumang dengan dunia blog ini. cait..ayat aku ni memang tak boleh blah. mau ade yang marah ngan aku nanti. hehe gomenasai!!

Walau macam mana sekalipun pun, terima kasih la kat dia sebab sudi tengok blog aku ni. Memang aku tabik spring la kat dia. aku pun tak tahu nape aku leh suke bace blog dia. lame gak aku tunggu entri baru daripada dia, baru aku tahu kenapa amek masa lama, rupanya dia pergi honeymoon dengan isteri dia. law tak caye, tekan sini. itu merupakan blog isteri dia. gile punye sweet la pasangan ni. haha da macam rupa kawan sekolah aku je aku tengok diaorang berdua. Sumpah aku tak tipu. kawan aku jadi saksi. kawan aku pun terkejut bila tengok gambar diaorang.

Tapi perbezaan umur yang agak ketara tu menyumbangkan satu jawapan kat aku n kawan aku yang diaorang ni tak mungkin kawan sekolah aku. haha tak melampau ke aku cakap perbezaan umur yang agak ketara sedangkan diaorang 20+ dan aku plak baru je genap 20. hehe gedik ah kau..


mula tu cam tak percaya jugak yang dia ni berblogwalking kt blog aku, ye la, setakat bg komen kt shoutbbox, ada je orang leh menyamar jadi dia,tapi aku dapat satu bukti yang kukuh, memang dia! hehe aigoo.. dah hilang dah fokus aku nak buat report, tak pe la, berbekalkan semangat yang ada ni, aku akan tetap cuba fokus dengan pembikinan report aku yang bertangguh tu.

thanks sekali lagi,sebab sudi berkunjung ke blog ini. Bagi yang masih lagi tak tahu n nak tahu siapa dia yang sebenar, klik sini..
tak lupa jugak terima kasih kat sesiapa yang berkunjung ke sini.
sebelum terlupa, hehe ada lagi sorang, thanks to Budak Botak sebab sudi datang sini n follow. :)

p/s: kepada yang berkenaan, jangan disebabkan aku tak mention korang lam entri ini membuatkan anda terasa diri anda tidak dihargai,kerana yang menulis ini adalah aku, dan aku je yang tahu betapa diri anda begitu berharga.. hee :))

2 comments:

  1. wah, ini sunggug menterharukan jiwa. aku baru bangun di pagi ahad yang mendung ni, terus rasa gembira sebab ada orang tulis entri pasal kami berdua.

    terimakasih banyak-banyak, serius terharu.
    *air mata terharu jauh dari mata*

    ReplyDelete
  2. hehe..terima kasih sbb setia berkunjung ke blog encik suami..dan sudi membaca blog sy..
    terharu membace entry nih. ape pon...2pm mmg bes pon. hahahaha...

    ReplyDelete