Sunday, June 19, 2011

Kateikyoushi Hitman Reborn . . .

Kenapa aku buat tajuk anime jepun? ini kerana, penting untuk semua orang tahu, bahawasanya tiada peringkat umur yang di hadkan untuk melihat anime. hehe Seusia aku baru mencapai 20 tahun, adakah dilarang untuk melihat anime? Jawapannya tidak, bukan? Pada usia macam ni, seseorang itu tak boleh memandang rendah kepada aku hanya kerana aku suka tengok anime.

Tak bermakna aku tak matang, sekadar mendapatkan kepuasan diri je pun, aku bukan nye terlalu taksub sangat tengok anime. Entri kali ni bukan untuk menyatakan ketidakpuashatian aku terhadap pengkomen pengkomen yang mengkomen aku tak ubah macam kanak-kanak apabila aku masih lagi melayan anime dan manga. Tak ada masa untuk aku mengbuang masa aku yang berharga daripada bercerita tentang itu.




Entri kali ni aku nak cerita, betapa excited nya aku bila dapat tengok anime hitman reborn kat tv8 semalam. Walaupun ianya agak pelik bila diubah suara daripada dialek jepun ke dialek chinese, aku tetap layan jugak tengok anime tu. Mana tidaknya, dah hampir 5 tahun aku tak update diri aku dengan manga hitman reborn. Dulu aku selalu baca manga hitman reborn dalam Arena Komik. Bila dah lama tak baca Arena Komik, aku dah kurang pengetahuan tentang manga-manga dan anime. Tetapi ! hehe mesti la ada tetapi nya jugak, oleh kerana aku dibesarkan dikalangan abang-abang yang minat dengan anime dan manga, adalah jugak sedikit informasi yang aku dapat daripada diaorang.

Sebelum terlupa, cerita hitman reborn ni mengisahkan tentang seorang budak lelaki biasa,Tsuna yang dipilih menjadi ketua yang kesepuluh bagi sebuah kelab mafia. Walaupun banyak aksi dalam cerita ni, tapi unsur-unsur komedi dan kekeluargaan juga diterapkan dengan sebaiknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, tontonlah sendiri. hehe Watak yang paling aku suka dalam anime ni ialah Lambo. Funny and adorable.

No comments:

Post a Comment