Tuesday, May 31, 2011

Aku atau dia yang patut malu ?

haa..alkisahnya bermula apabila kesalahfahaman berlaku antara kitaorang.
macam siot je. entah macam mana aku boleh tak perasan mamat chester tu tengah naik eskalator kat depan kiteorang. ok ok, sebelum cerita jadi pelik, meh aku perkenalkan individu-individu yang terlibat dalam insiden yag baru terjadi  tadi. aku, serah, wadah dan eini. kiteorang ni promoter kat the store. department baby n children. mamat chester tu kiteorang gelar chester sempena brand yang dia promote. dia promote bahagian bantal bantal n comforter.

nak dijadikan cerita, aku ni takut dengan belon, kebetulan the store dalam perayaan menyambut hari jadi yang ke 43, banyak la belon belon yang bergantungan di dinding.. Wadah suka sangat menyakat aku dengan belon, jadi, sebelum kiteorang berempat ni naik untuk punch card kat tingkat atas, kiteorang sempat lagi bersenda di eskalator. aku kenakan Wadah. aku biarkan Wadah naik eskalator sorang sorang. tinggal la aku, serah dan eini bertiga di tingkat bawah. dari bawah aku nampak Wadah yang berada di tingkat atas. haha

kesian dia, sedih sebab dia sorang sorang je kat tingkat atas. tu la, sape suh dia main belon, dah tahu aku takut belon, usik jugak lagi.. hee aku yang dalam mood nak ceria kan balik si Wadah tu, aku saje la laung kat Wadah " Hye Awak".. nak tengok reaksi dia macam mana.. tengah aku syok melambai kat Wadah, ade orang berpaling ke arah aku..

rupanya ade orang tengah naik eskalator masa tu. MAMAT CHESTER plak tu. mak ai.. si Wadah ni plak takdenye dia nak pandang kat aku yang tengah melambai kt dia, sebaliknya mamat chester tu plak yang berpaling dan memandang kat arah aku,siap angkat kening kowt,ingat aku tegur dia.haha

yang tak tahannya, masa dia dapat tahu aku bukan tegur dia, air muka dia memang gila-gila berubah.lain benar.. adooi.. pecah perut si Serah duk gelakkan aku. Eini plak duk tahan gelak. Aku ni memang tak terkata la. yang mampu aku buat mase tu, tutup mulut dengan tangan. si mamat chester tu plak terus pandang depan n melarikan diri dari tempat kejadian.

so, the moral of the story, perhatikan keadaan sekeliling sebelum kenakan orang. nanti kena pada diri sendiri. wakaka ;)

Monday, May 30, 2011

Hari ini...

Report tak siap lagi. siapa boleh tolong siapkan? whaaa..

 orang lain da siap banyak kowt..
aku ape je yang siap? mak ai...
mau kelam kabut aku dibuatnya nanti..

aku ingat nak berhenti part time 15 hari bulan ni, tapi, bos aku cam berat hati je nak lepaskan aku. aku ni pulak senang kesiankan orang, tengok la macm hari ni, pautnya aku off hari ni, tapi dek kerana kesiankan kawan sekerja aku yang kerja sorang sorang je malam ni, aku ikutkan jugak kerja malam ni.

 masuk kerja pukul 6 petang balik pukul 10 malam. mana ada masa nak siapkan report. letih kowt... hee
 tak hendak seribu dalih la katakan..

hari hari kerja, macam macam cerita aku dapat.
 skang dah pukul 4, nak kuar jap, nanti pukul 6 nak pergi kerja, doakan aku selamat pergi dan balik.. :)

Wednesday, May 18, 2011

Fikiran yang mengarut !

ada ke patut ? hee tengah - tengah duk melipat baju - baju yang di gumpal oleh pelanggan tadi, aku mari teringat tentang seorang customer lelaki semalam. dia berdua je dengan anak dia. anak dia lelaki. baru dua tahun lebih kot anak dia tu. ya Allah.. comel gile anak dia.. putih n chubby.. kelakar bila teringat pasal anak dia. Customer lelaki tu cume nak ukur seluar kat anak dia, masa tu anak dia tengah berdiri, baby lagi la kiranya, yang kelakar nya, mase customer lelaki tu tengah ukur seluar kat pinggang anak dia, boleh plak anak dia tu, angkat kaki nak masuk lam seluar. dia ingat ayah dia tu nak pakaikan dia seluar agaknya. terus ayah dia cakap, nak ukur je, bukan nak pakai kan. iye la, dia cakap pun, lom tentu anak dia paham jugak, sebab anak dia tu baby lg(pada pandangan aku la.hee) tapi bukan ini yang aku maksudkan fikiran yang mengarut, huu..
tadi aku terfikir, macam mana la agaknya law aku kahwin dengan suami orang? huu aku secara tiba- tiba je terfikir cam tu, mungkin sebab terlalu excited tengok orang yang dah kahwin kot... ye la, bile tengok husband orang tu sweet je, terasa diri ini pun nak jugak husband yang sweet mcm tu. hahah mengong btul.. tapi, berdosa ke law kite terfikir macam tu? terfikir nak kahwin dengan suami orang, berdosa ke? ermmm.. aku sebenarnya duk fikir sal customer lelaki tu, kenapa dia datang berdua je dengan anak dia yang baby lg tu? mana isteri dia? mase tu la aku mula terfikir, kalau lah aku dapat kahwin dengan dia, mesti bahagia. hahaha
tak habis habis aku nak mengarut ek.. hee :p

Tuesday, May 17, 2011

Baru baru ini !

Pergh.. patut la kawan aku wat muka blurr je mase aku cakap tak leh check result mase tu, sebab ramai yang tengah check in nak check result kat laman web rasmi politeknik masing masing. rupa-rupanya laman web politeknik dia lagi advanced daripada politeknik aku.hahaha
mana tidaknya, dia boleh check result dia menerusi e-portal pelajar, di mana, dia hanya perlu buka satu laman yang menunjukkan tentang butiran diri dia beserta gambar dan semua maklumat maklumat yang diperlukan, sebagai contoh,markah penilaian berterusan,nilai mata merit n macam macam lagi.huhu tak macam laman web politeknik aku, sejak dari sem satu hingga sem tiga,setiap kali aku nak check result, mesti akan ambil mase sampai tiga hingga empat hari kerana terlalu ramai pengguna yang meng"akses" laman yang same untuk check result.memang aku salute la Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di Kulim itu.hee



Monday, May 9, 2011

Happy or what ?

Whaaaa..
what a coincidence..
macam tak percaya je..tengah duk makan2 kt kedai makan tadi,boleh plak tersempak dengan kawan se pejabat masa kat pejabat tanah.hee
nak di jadikan cerita,mase first2 sampai kat kdai makan tu,aku ternampak sorang brother ni.aik..nape aku ase cam kenal?die pun tgk aku macam kenal aku je.hadoii..
Mase da duduk tu baru aku teringat,brother tu la yg aku termalu dengan dia.nak tahu kenapa?haha pada suatu hari yang indah,burung2 berkicauan..(haish..ape ntah aku ni.hehe) mase tu aku bru smpai ofis,aku salu gune pintu belakang,tp kebtulan pagi tu,pintu tak bukak lagi(mybe aku datang awal kowt.hee) mase aku otw nk g ke pintu masuk kt bhgian dpan,aku trserempak dgn brother ni,dia menghala ke arah aku,aku pun bagitau la,pintu tutup,tak leh masuk ikut pintu tu,die senyum je,aku pun cakap sekali lagi,die pun cakap"takpe2..saya tak masuk ikut pintu ni,saya lalu je."
erk...tak semena2 akuterasa seperti darah menyerbu naik ke arah muka dan berkumpul di pipi aku.memang tak tahu la nak cakap ape,aku just angguk je..malu tak terkata..haha last2,mase sampai kt pintu masuk bahagian depan pejabat tu,aku bertembung dgn brother tu lagi.Dia tersenyum tgk aku,aku jadi malu gile.mak aih,abang ni perli aku ke?ke perasaan aku je?huhu comel gile brother tu...kecik je org die..kecik ke?aku tinggi sikit daripada dia.hee nk kate chubby,takde la chubby sangat..hehe nk kate tough?bukan..ntah,tapi dari segi susuk tubuh die,mcm ok la.tak kurus n tak chubby sgt.(tapi nmpk cam chubby la jgk.hee)yang sedan sedan je.hehe
argh..tapi bukan kisah die yang aku nak crite..sebenarnye,lepas je brother tu kluar dripada kedai makan tu,ade la sekumpulan budak lelaki yg sepejabat dgn aku(dulu la..hee) datang ke kedai mkn tu.baru balik dari main futsall agaknye..aku tak tahu la kenapa,mase first2 tu aku cam ok je tgk diorang brkumpul kt kedai ni,sampai la satu saat tu,aku terlihat seseorang kt dlm kereta yg baru je masuk parking kt dpan kedai mkn ni.die sorang je.aku rase tak sedap hati.'dia ke tu?'hati aku tertanya2.n memang aku tak senang duduk bile budak laki yg aku tgk tu,memang dia~! Dia adalah budak lelaki yang aku sendiri tak tahu kenapa,selalu bile kat pejabat,tak kira di mana jua,bile terserempak dengan die,kiteorang masing2 akan terkaku.tengah duk syok2 bersembang,bergelak ketawa,bile terpandang je antara satu sama lain,memang akan terdiam.macam ade satu perasaan asing.aku tak tahu nak cakap camne.hurm..ade satu hari tu,aku kene amik satu dokumen kt unit die bertugas.aku masuk je kt unit die,aku dan die terpandang antara satu sama lain,muka die nampak macam trkejut gila bile tgk aku(ape?ingat aku ni hantu ke?huhu).reaksi dia tu buat aku jadi nervous sangat2.air muka die berubah kowt.mase tu,tak silap aku,die tengah bersembang,tapi bile die tengok je kehadiran aku,die terus cam tak tentu arah,apatah lagi aku,tergagap2 nk mintak dokumen.cuba bayangkan,dokumen yang aku nk amek tu,ade dengan akak yang duk kat sebelah dia ni.mane aku tak nervous,aku berjalan nak amik dokumen,seolah2 nak menuju ke arah dia,padahal aku nak menuju ke arah akak yang duduk di meja sebelah dia tu.huhu mase tu,hanye tuhan yang tahu.nama dia biar la aku namakn Y je.hee comel..memang susah da kowt nk jumpe orang name cm die ni.nama nabi2.hehe law ade pun,nama pak cik yg da tua2.
ok2..berbalik kpd situasi di kedai makan tadi,ya Allah,bukan main tak senang duduk aku dibuatnye.silap aku jugak,kenapa la aku duduk menghadap kearah diorang,tapi,bukan salah aku jugak,diorang tu macam takde tempat lain nak duduk,berlambak lagi tempat duduk yang kosong.ermm aku dgn Y ni,bleh dikatakn macam ade gosip jugk la.aku sendiri tak paham macam mane boleh ade gosip dengan die..tadi sepanjang keberadaan dia kt kedai makan tu,aku mencuka,tahu tak mencuka tu ape?(law budak2 yg salu bace novel mesti tahu ape masuk mencuka tu.hee) mencuka tu maksud dia bermasam muka..itu bagi pahaman aku la,tak tahu la law orang lain,lain pahaman nye.hee Mase tu,aku tak tahu kenapa,aku tak senang dengan kehadiran dia.Aku tak suka dia ke?
Dalam berperasaan macam tu pun,aku sempat lagi tersenyum..hee gembira dapat tengok die.die ni kecik je.kecik ke?ntah la..aku tak tahu nk cakap cmne,aku ase cam aku tinggi beberapa CM je drpd dia.hee
Aku suke tgk dia,sbb die comel..bukan salu pun aku tengok die.
Suke je tak bawa ape2 erti kan?suka tak bermakna sayang.hee takde sebab aku nak sayang dia.hahaha kelakar betul..boleh pulak sampai ke situ aku fikir.hee
Alamak...sebelum terlupa,jom Doakan kak Wan,iaitu kawan sekerja aku under brand Anakku,agar cepat sembuh n dapat masuk kerja hari rabu ni..law die tak masuk kerja hari rabu ni,tak leh la aku nk cuti..huu
Kak Wan tak kesian kan jue ke?Jue doakan Kak Wan cepat sembuh..tu la,kak Ma suh makan ubat,tak nak,kononye kebal la tu.tengok..sekarang sampai masuk wad bagai..umm..da hilang kebal ke?hee bukan jue yang cakap,kak Ma yang cakap camtu..sori ye Kak Wan.hee Cepat sembuh ya.huu :)

Kelakar kan?aku pun tak tahu nape,aku suka tgk lelaki yg kecik2 n chubby sikit.sbb nmpk comel sgt.hee

Saturday, May 7, 2011

Antara Suka Dan Penat ??

Semalam adalah hari pertama aku bekerja sebagai seorang promoter.
pergh...memang xleh blah..8jam bekerja,tak duduk2.huu
law duduk pun,mase rehat je.tu pun bpe minit je.
tp memang seronok la,sbb jadi promoter kt bahagian pakaian baby.
Geram nengok baju2 baby yg comel2 belaka.

haha tetibe je tringat,semalam mase tengah duk membelek toiletries jenama 'anakku'(bukan anak aku.hehe),ade skumpulan pelancong asing(barangkali chinese) bertanya kpd aku,tapi aku tak paham sepatah pun ape yang diaorang cuba cakap..hee ye la, mane tak nye,diorg tanya dalam dialek diorang,law english,aku pham la jugk.
Tapi mmg bagus la,diorang xde pun nk mengagung2kn pnggunaan bahasa inggeris kt negara diorang,cuma itu la penghalang komunikasi antara kita.takkan la sebab diorang tak guna bahasa inggeris lam hidup sehari2 diorang,kite plak yang kene belajar faham dialek dia.hee
Semalam jenuh jugak aku dengan staff2 lain cuba faham apa yang nk ditanya kt kiteorg ni.apa agaknya ye?
Salah sorang chinese tu wt isyarat membasuh muka sambil menggosok2 muka.n then dia ade tunjuk isyarat kononnya kain yang diperah2.staff2 kt skeliling aku ade yang cuba speaking dgn diorang,tp diaorang tak paham pun.Staff kt sebelah aku mase tu mengagak yang diorang ni sedang mencari pencuci muka,sebaliknya instinct aku kuat mengatakan yang diorang sedang mencari toilet.Kiteorang siap tunjuk kt diorang tempat terletaknya barangan pencuci muka,tapi diaorang menggeleng2 kepala.Aku nak tunjuk arah ke toilet,tapi aku sendiri tak pasti toilet di mana,memandangkan aku baru je bekerja kt situ.hee FYI,diaorang tu semua lelaki.huuu lagipun aku tahu sangat toilet kt tmpat aku tu macam mana,busuk+hancing.haha (aiseymen..cakap tak tahu ktne toilet,tp tahu plak toilet tu mcm mne.haha) ye la,mne tak nye,cube bayangkan,sedangkan tangga kt laluan pintu kecemasan tu pun leh bau hancing,ini kan plak toilet,mesti lagi truk.hee aku kan boleh dikira sbg staff kt situ,jadi pihak atasan mintak kiteorang(staff2) untuk menggunakan laluan tu,kiteorang tak boleh gune eskalator. mak aih.. kesiankan staff macam aku ni.huu tapi tapi,ade yg best jugak keje kt situ.hee dapat beramah mesra dengan orang yg kite tak kenal. Aku ni,bukannye jenis suke tgur org takbertempat.tak semua pelanggan aku,aku beramah mesra.huu aku cume beri respon yang istimewa(cewah..istimewa konon.haha) kalau pelanggan tu beri tindakbalas yang baik mase aku tegur die. Tapi law die wt tak tahu je mase aku tegur die,confirm aku tak tegur da,just tunggu dia bagi barang kt aku untuk aku wat cashmemo.hee 
Tabik ah kt sorang brother ni..rasenye die baru nk dpt baby sulong kowt sbb die mtk aku tolong wife die carikan baju baby.die ckp die dgn wife die ni mmg tak reti . tak tahu bab2 baby ni.(bajek aku ni tahu la sangat.haha) aku apa lagi,dengan muke seposen,aku cakap,aku pun tak tahu sangat.haha sekadar tunjuk yang mane perlu je.brother tu mengingatkan aku kat kwn sekolah aku.Faris Mat Zali.haha memang sejibik.huhu abg die ke?ntah la.brother tu gelap sikit kowt,tp kwn aku ni xde la cerah sgt.hee
erk..sweet gile tgk die n bini die..sporting gile.heee hari ni pun same jugak.ade satu family ni,mmg buat aku tersenyum smpai ke tlinge.haha padahal bukan ade kene mengena dengan aku pun. yang kelakar nye,cik akak ni tanye laki dia,"abang,sy amik bju ni ya?' si suami tu plak cakp,"amek je,amek amek.nnti g byr je.' aku tersengih je.aku ingat suami die sindir,tp serius kowt.hee suami die cakap camtu sambil tersnyum.aku ase akak tu tgh mengandung ank kedua kowt.ank sulung die lelaki,comel gile..si suami tu tnye ank die pkul brape,ank die duk belek2 jam yg die pkai,ank die xjwp pun sbb tak reti tgk jam.hee si suami tu tersengih je bile tgk aku plak yg excited nk dgr anak die jwab pkul brapa.6pasang bju baby yg akak tu pilih.hee 2pasangbju tidur lengan pnjg berserta sluar pnjg,3pasang bju lngn pndek berserta sluar pendek n spasang bju singlet lubang2 berserta  seluar pendek.(ala..mcm la xpnah tgk bju baby yg lubang2 tu.bukan lubang besar,lubang kecik2 je.hee) tp sblum tu,ade la satu pasangan suami isteri ni,punye la aku kasi layanan yg terbaik,tup tup,aku trbuat mistake.aku tak sengaja.aku tersalah tulis kod barang mase wat cashmemo.pasangan tu bukan main gembire lg dgn layanan aku beri,tp bile nk byr je,ade problem plak.ye la,mne aku tak kalut,akak tu duk tukar2 baju baby,smpai aku terkeliru kod baju mne stu yg ptut aku tulis,aku tersalah tulis kod bju baby yg aku da tulis,sptutnye bju baby yg lain.incident tu terus buat pasangan tu mcm tak puas hati dgn aku..ummm aku bukan sengaja.mase tu tgh kalut kowt.tp nsib baik aku dpt customer cm fmily td tu,suami die tu sweet gile.bkn sweet dri segi paras rupa(tapi suami die mmg hensem kot..),mksud aku,sweet dri segi layanan yg die beri kt isteri die.sama jugak mcm brother yg aku ckp ade iras dgn kwn sekolah aku tu,mmg sweet giler la.hee aku jadi teruja plak nak suami cm diorang.haha melalut ape ntah aku ni.hee (menggeleng2 kpala) ummm tp tp tp,pagi td mse aku lpas siap punch card tuk hari kedua aku bekerja sebagai promoter amat menggerunkan,sbb ade sorg pegawai atasan tgur aku.die tgur aku,die tnye aku keje department mane?aku cakap la aku bdak part time under brand "anakku".die soal aku,da isi borang blum?aku cakap da isi semua,borang,tp brang tu ade dgn akak yg jaga aku kt bahagian bju baby tu,Kak MA.tak pasal2 aku disuruh tunggu kt ruangan lobi menunggu oleh pegawai atasan tersebut,iaitu Kak Azi.Nasib baik aku ada sebut name Miss Siew,sbb semalam,kwn aku ade tanye aku,da jmpe kak Azi blum?aku cakap xlg,n then,mse nk punch card balik keje smlm,aku tnye Miss Siew,bile aku kne jmpe Kak Azi,Miss Siew ckp esok(hari ni la tu).n tak sempat aku jmpe ngn Miss Siew pun pg td,aku da kene than oleh Kak Azi sendiri.(serupa macam penjenayah je aku ni,kene tahan bagai.hee) umm umm..Kak Azi tu mengingatkan aku pada bos aku mase aku praktikal kt Pejabat Tanah. Bos aku tu aku pnggil Cik Nor.Kalau skali pandang,mcm orang yang same je,sbb Cik Nor n Kak Azi ni,dua2 pakai spek mata.heee
xpasal2 sungguh aku ni.hee tapi kan, aku teringat kat sorang budak ni,akif nama dia law tak silap aku.hee
comel gile..kecik je..ade lesung pipit(macam aku jugak.hee)geram sungguh aku kt die.nk cubit2 je.die xde la montel.Same mcm kanak2 lelaki biase je.tp sangat comel.hee mse first aku tgk die,aku da tertarik dgn mata die.aku tak tahu nk cakap cmne.mata die sepet ke?tak pun..tapi mmg suit je dgn muka die.suitable..heee
alamak...dalam duk suke2 ni,ade jugak yg buat aku penat n sakit.bkn penat melayan karenah pelanggan,tapi sememangnya amat penat.8jam brdiri mmbuat aku penat n sakitkaki..mungkin untuk gadis biasa,tak menjadi masalah untuk diaorang,namun aku tak.aku dikategorikan sebagai gemuk.mungkin faktor berat badan berlebihan mmbuatkan kaki aku tak mampu untuk menampung beban yang berat dalam satu jangka masa yang lama.huu bayang kan,nak berdiri pun sakit.kawan2 ku pelik dengan aku,diaorang boleh dikatakan satu kategori dngan aku,tapi tak pulak mengalami sakit seperti aku.aku memang tak mampu untuk mnahan lagi rase sakit setiap kali berdiri.Bahagian tapak kaki ku terasa perit yang amat sangat.aku tak mampu nak menekan kaki ku ke lantai dek kerana sakit terlampau.lebih2 lagi di bahagian tumit.mak aih..mmg tak mampu berdiri.harap esok aku mampu tuk bertahan lama.aku pakai kasut terasa macam tak pakai kasut.ase keras semacam je tapakkasut aku.mungkin kaki ku tak mampu untuk menampung berat badan ku ini...huu sakit ku hanya tuhan yang tahu.Doakan aku cepat pulih sbb esok aku kerja.aku tak nak sakit..huu time kasih :)
haa...ni la aku.hee ni gmbr thun 2010 law tak silap aku..

  ini plak gmbr bulan Mac 2011 hri tu.xthu la bile nk kurus..haha
Mello juliana tu name faceboook aku dulu.
(sekarang aku tak main facebook da.)

Wednesday, May 4, 2011

Perubahan terULUNG?

adoi..

3hb Mei da berlalu..

iaitu Hari Kelahiran ku ke dunia ini.

tapi tetap tiada perubahan yg berlaku..

sebelum 3hb Mei, bermacam azam telah dibuat.

namun satu pun tak terlaksana. haha

ini kah perubahan terulung aku ?

hahaha