Monday, November 7, 2011

Pertemuan Kali Pertama bersama JJX menjengah di ingatan !

Masa pertama kali jumpa JJX , aku tak sangka yang aku akan sayang JJX sangat-sangat .
Pertemuan yang dirancang secara tiba-tiba agak membuatkan jantung aku berdegup kencang .
Aku tak pernah terfikir nak bertemu JJX .

Aku menunggu JJX di perhentian bas kat depan Centre Point Kemaman .
Kalau tak silap aku , JJX baru sampai dari Kuala Terengganu .
JJX datang Kemaman pun atas urusan kerja .
Empat hari tiga malam  je .

Hari pertama jumpa JJX , ya Allah , hati aku gelisah yang teramat sangat .
Perasaan takut menyelubungi diri .
Nasib baik ada seorang kakak , 
kak Nadia aku panggil ,
yang teman aku mesej sepanjang keluar dengan JJX .

Masa aku nak melangkah masuk ke dalam kereta JJX , aku teragak-agak .
Aku tanya JJX , " ni JJX ke ? "
JJX jawab , " ye , masuk lah cepat . "
Dengar je arahan daripada dia , spontan aku terus masuk .
Aku mendiamkan diri aku .
Jantung aku memang tak terucap la , memang laju degup jantung aku .
Tangan terketar - ketar , 
aku selindungkan dengan menggosok-gosokkan tangan aku kat telefon bimbit .
Laju je aku taip mesej kat Kak Nadia ,
Aku hantar mesej camni 
" Kak , jue takut la . Camne ni . "
JJX tanya aku , " haa , mesej ngan siapa tu ? "
aku jawab , " dengan kawan sekerja , kenapa ? " sambil tersengih memandang JJX . 
Konon nak selindung rasa takut . hehe
JJX tanya lagi , " Jue takut ngan JJX ke ? "
Aku terus jawab , " eh , mana ada , nak takut apanya ngan JJX . " dengan muka yang sangat yakin .
Aku tersenyum puas sebab yakin dengan jawapan aku .
JJX pun cakap " habis tu kenapa hantar mesej kat kawan cakap takut ? "
Aku terkejut . Mana dia tahu ni ? Dia intai aku mesej kak Nadia ke ?
Aku jawab , " eh , takde la . bila plak Jue hantar mesej camtu . " Aku cuba yakinkan JJX ,
JJX tersengih .
Aku pelik . ' apahal mamat ni ? ' aku mengomel di dalam hati .
JJX tanya lagi , " habis tu kalau betul Jue tak takut dengan JJX , kenapa salah hantar mesej kat JJX ? Siap cakap takut la . Betul kan ? Ni mesej Jue tadi . " terus dia tunjukkan telefon bimbit dia .
Aku terdiam . Tersengih macam kerang busuk .
Aku jawab , " mana ada , err . Jue bukan takut dengan JJX , err . Jue nak hantar mesej tu kat kawan Jue , nak cakap yang Jue takut err . Jue takut tunggu kat perhentian bas tadi sorang-sorang . Bukan takut dengan JJX . " sekali lagi dengan yakinnya aku berkata-kata .
JJX soal lagi , " nak takut apanya kat perhentian bas tu ? "
dengan berbekalkan sedikit idea , aku menjawab , 
" kat situ bahaya , kawan Jue cakap ada yang kena ragut , kena rompak kat situ . mesti la Jue takut . hehe "
aku tersenyum ketakutan . 
mesti la takut ,
takut alasan yang aku bagi tu tak diterima pakai oleh JJX .
JJX tanya lagi , " bahaya ei kat situ ? Okay , takpe la kalau macam tu . JJX ingatkan tadi Jue takut dengan JJX . " JJX tersengih memandang aku .
' haish budak ni , tahu tahu je aku takut ngan dia ' ngomel lagi aku kat dalam hati .
Aku cuma tersenyum memandang ke arah dia .

suasana sepi tiba-tiba apabila kitaorang mendiamkan diri .
aku nak tergelak pun ada jugak sebenarnya ,
ye lah , manakan tidak ,
boleh pulak aku tersalah hantar mesej tu kat JJX .
Mati mati aku ingat aku hantar mesej tu kat kak Nadia .
Aku cuba membayangkan macam mana la reaksi Kak Nadia kalau dia dapat tahu .
Bayangan aku terhenti apabila JJX tetiba bersuara menanyakan aku
" kita nak pergi mana ni ? "
aku laju je menjawab 
" ikut JJX la , JJX yang bawak kereta , bukan Jue " aku tersenyum memandang JJX .
" kalau ikut JJX , JJX bawak Jue balik rumah dah ni . " JJX tersenyum sambil senyum gatal .
" eh , mana boleh macam tu . " spontan aku menjawab . naik seram jugak aku dengar JJX cakap camtu .
" habis tu tadi cakap ikut JJX ? " JJX tak mahu mengalah .
" JJX sampai tadi mesti laparkan , tak makan lagi . kita pergi kedai makan je la kalau macam tu . "
Aku menjawab bersahaja . Malas nak layan . Takut nanti makin di layan makin menjadi-jadi .
JJX mengikut saja usulan ku .
Hampir 15 minit berlegar di bandar Kemaman , sebuah kedai pun tidak kami jejaki .
JJX merungut " cakap tadi nak pergi kedai makan , daripada tadi pusing , tak singgah pun . "
Aku membalas " la , ikut JJX la nak singgah kedai makan mana , Jue okay je . "
JJX menjawab " JJX mana la tahu nak singgah kat mana . adooi .. "
" kalau nak , kita beli je la apa yang patut kat pasar malam , hari ni ada pasar malam , nanti dah beli , kita pergi je mana-mana untuk makan . " aku memberi cadangan .
JJX jawab " ala , susah la macam tu , kita cari je la kedai-kedai makan kat tepi jalan . "
Aku hanya mengangguk .
Aku terus bagi petunjuk pada JJX untuk ke sebuah kedai makan yang aku pernah kunjungi .
Masa kat kedai makan tu , suasana agak lengang sebab tak ramai pelanggan .
Aku mengambil tempat berhadapan JJX .
Ya Allah , sekali pandang je kat mata dia , aku dah tertarik .
Mata dia cantik . Aku malu nak bertentang muka dengan dia .
Sekali lagi kitaorang membisu.
Aku banyak memandang ke arah sekitar kawasan sekeliling berbanding wajah JJX .
Sesekali mata kitaorang bertaut .
Aku hanya mampu menghadiahkan sebuah senyuman saja pada dia dan dia hanya bersahaja .
Setiap kali dia mengalihkan pandangan dia daripada menatap aku , aku akan merenung wajah dia .
Boleh tahan , rambut panjang sedikit ikal . 
Baru aku perasan , dia pakai spek semasa memandu saja .
Masa kat kedai makan tu , dia bukak spek dia dan letakkan kat atas meja .
kalau tak silap , jenama spek dia , ray ban .
*err , betul ke ek ? aku dah ingat - ingat lupa .
Hampir 20 minit kat kedai makan tu , kitaorang ambil keputusan untuk balik .
Semasa kitaorang melangkah keluar daripada kedai menuju ke kereta ,
aku ingat lagi , aku ada beritahu dia 
" JJX nak tahu tak , kereta JJX sama macam kereta Abang Long Jue , cuma warna je yang lain . "
JJX bertanya " ya ke ? " sambil tersenyum dan melangkah masuk ke dalam kereta .
Begitu juga dengan aku , masuk saja di dalam kereta , aku memberitahu JJX
" iya , betul . Sama . Fragrance yang JJX guna pun sama dengan Abang Long . "
" Jue rasa macam keluar dengan Abang Long Jue je . hehehe " aku ketawa kecil apabila terfikir sedemikian .
JJX mendengus " mana boleh rasa macam tu . "
aku menjawab " biar la . takleh ke ? "
JJX hanya mendiamkan diri .
Aku pun terus berkata pada JJX
" nanti hantar Jue kat pintu masuk belakang Centre Point eh ? "
Mendengar sahaja kata-kata ku , dia terus memandu menuju ke arah destinasi yang aku katakan tadi .
Sepanjang perjalanan tu , JJX tetiba je bersuara
" Alamak , JJX lupa la nak bawak pencuci muka . Kat mana nak cari ek kat sini ? "
" kalau nak , kita singgah la kat Watson jap ? " aku bagi cadangan .
JJX menggeleng .
" dah pukul 6.45 ni . Pintu gate tutup kul 7.00 . nanti JJX takleh nak masuk dah . "
Baru aku teringat , JJX menginap kat tempat dia berurusan untuk kerja .
Jadi agak sukar untuk dia ke mana-mana tanpa perlu mematuhi masa yang ditetapkan .
" kalau macam tu , biar Jue belikan je la . Selalu pakai apa ? "
JJX menjawab " takpe ke Jue beli kan ? emmm . kalau boleh , JJX nak Garnier for Men "
sekali lagi laju je aku menjawab " alamak , yang tu  takde kat tempat Jue "
Kebetulan hari tu aku ada cari jugak pencuci muka jenama itu untuk abang aku kat tempat aku kerja , tapi tiada stok .
" kalau macam tu , beli je la jenama apa pun . JJX tak selesa kalau tak cuci muka dengan pencuci muka . "
Pertuturan JJX tatkala itu menggambarkan yang dia betul-betul tak selesa kalau tak cuci muka dengan pencuci muka . Aku tersenyum . Tak sangka dia jenis yang jaga muka . 
Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata JJX tanda mengerti .
Sampai saja di destinasi , aku ucapkan terima kasih , dan JJX memberitahu ku
" nanti malam , Jue temankan JJX makan , boleh ? nanti JJX mesej . "
Aku terkejut tapi masih sempat mengangguk dan terus keluar daripada kereta .
Aku melangkah dua tiga langkah dan berpaling memandang ke arah kereta JJX yang berlalu pergi .

hehe penat jugak ek nak cerita semula apa yang telah terjadi , tapi sesungguhnya ianya adalah sebuah kenangan yang tak mungkin aku lupakan . kejadian yang berlaku selepas daripada pertemuan ini lagi meninggalkan banyak kenangan kepada aku . bermula daripada pertemuan ini lah yang menyebabkan aku sedar , aku tak boleh hidup tanpa dia . Sebab dia selalu ada untuk aku . 
I miss you , JJX .

p/s : if you're reading this , my JJX , I'm sorry . I just want to share my feeling about you . because I can't bears all about you anymore .








Saturday, November 5, 2011

JJX is not stands for Juliana Jamalluddin Xboyfriend . =)

P/s  : Entri kali ni tentang JJX . =)

Perkenalan yang tak sampai setahun buat aku jatuh sayang kat dia . 
tak tahu kenapa .. sayang tu tak kira bila masa dan tempat kan ? 
orang cakap sayang tak sama dengan cinta . 
sebenarnya aku sayang dia = aku cinta dia . itu bagi aku . hehe
 aku cuma cakap sayang , sebab aku malu nak ngaku aku cinta dia . haha 
ye la , takkan aku nak ngaku aku cinta dia , 
sedangkan aku cakap kat dia , aku sayang dia pun , dia tak bagi respon . 
huhurm malang betul .. 

mungkin betul cakap kawan aku , jodoh aku nanti aku jumpa bila dah bekerja kot . 
takleh ke dia jadi jodoh aku ? tak sesuai ei ? umm ummm 
entah entah dia tu suami orang , kan ? 
aku dah la tak tahu sangat pasal diri dia . 
cinta aku ni cinta monyet ke ? 
tak tak tak ... 
takkan cinta monyet kot . 
ummm 
cinta bertepuk sebelah tangan je . hahaha
 umm .. 

Aku suka tengok dia pakai spek , 
sebab dia akan mengingatkan aku kepada senior aku . 
tapi dia nampak lagi sweet bile tak pakai spek . 

Gigi dia ! 
aku suka tengok gigi dia . hehe 
kalau tengok gambar dia , aku akan tengok gigi dia . hehe 
dia amik gambar tak kacip bibir , sape suruh . 
memang nampak la gigi dia . hehe
 tapi aku suka . 
kawan aku cakap kat aku , 
suh bagitahu kat dia , lain kali amik gambar , kacip bibir , baru tak nampak gigi . hehehe
tapi aku tak bagitahu pun kat dia , sebab aku takut dia marah aku tunjuk gambar dia kat kawan aku . ummm
salah ke aku tunjuk gambar orang yang aku sayang kat kawan aku ?
 sekurang-kurang nya kawan aku tahu rupa lelaki yang selalu buat aku menangis malam-malam . 
err .. sorry AWAK .. =) hurmm .. 
I miss you so damn much . I wanna meet you .

err .. tersentimental lak kat sini .. hehehe 
mata dia menarik perhatian aku . 
sebab tu aku cakap dia lagi sweet tak pakai spek sebab mata dia cantik . 
sangat cantik . 
aku tak tahu nak describe camna . 
mata redup ke ?
 err .. bukan kot . 
mata kuyu ? 
hurmm .. 
ye kot mata kuyu .. 
err .. hehe 

dia cakap dia jahat , ada ke orang nak ngaku diri sendiri jahat kalau dia takde wat pape pun ?
 hurm .. aku pun tak tahu . 
Walauapapun , aku tetap tak percaya dia jahat , 
sebab di mata aku , dia yang paling baik . 
Sebab tu aku sayang dia . Sayang sangat-sangat . 
No other words I can express to show I love him very much . ermm ... 

perbezaan umur antara kitaorang , 7 tahun . ketara sangat ke ? 
huhurmm ... cinta tak kira usia .. 
err .. apa aku ni , dia tak cinta kan aku pun , aku je yang sayangkan dia . hurm .. 
aku teringat masa aku dengan dia mula-mula kenal , 
dia selalu ade dengan aku mase boy aku wat tak endah kat aku . 
Sampai la sekarang aku dah clash dengan boy aku , dia sentiasa ada dengan aku . 
Banyak masa yang dia luangkan untuk aku , walaupun hanya dalam mesej . 
Aku hargai sangat-sangat , 
terkadang aku terasa kenapa la aku tak kenal dia sebelum aku kenal ex boy aku . hurm .. 
ntah ntah dia anggap aku ni adik dia je ? ummm
 ape je yang dia cakap , yang memburukkan diri dia , 
aku tak pernah percaya , aku pun tak tahu kenapa . 
aku cuma tak mampu nak percaya je sebab dia adalah orang yang aku sangat sayang .
=)

Wednesday, November 2, 2011

Expression ?

My friend has been complain to me because of the updating status on Facebook by me . 
It just because I update my status more than 10 status in a day . 
Is it a mistake by me to always update status ? hurm ..
My life lately gone so crazy . My emotion not stable .
 I didn't realise it , but my friends told me , they saw me like having a problem . 
I don't know either it is true or not . I get depressed when all the things I want , always can't be achieved . 
Do I ? huh .. maybe .. I hope , this blog can be my diaries . 
I do need someone to be the listener but mostly of my friends , they also their own problem , 
so I don't think I should ask their help to be the listener .
One more thing , I can't sure all my friends can stand with my problem , 
because I'm the one who create the problem , so , it serves me right to having this problem . haish =,=" 
and I know , most of the people I know doesn't interested to listen to my problem by the way I delivered it . Am I the one who always give problems to other ? hurm .. 
Lately I was confused with my presence in this world . Am I useless ? 
I think I have give too much trouble to my family and my friends . Do I think too much ? 
Somehow I have thinking , 
It much better for me to leave this world because I just causing much trouble in this world .
Ahhh ... my word just like the person who have give up . 
I don't ask you to understand my writing , but to understand me . :'( 
thanks for reading this .
I love my family and my friends .
Thanks for always be there for me .
>.<

English ?

It has been a long time since the last time I work in with this . haha my broken English . 
Just ignore it as you still understand what I want to talk about . 
Lately I'm busy with the college life which is take 2/3 of my time to spend on . 
I have no time to work in this except on Facebook . huhu 
I'm sorry my dear blog because doesn't give any attention to you anymore . 
There's a good new that I want to tell you , next month will be the starter of my last semester . 
I just can't wait to finish my study . 
My lecturer said , it's okay if we used manglish as long as the other people understand what we talking about . Do you know what is Manglish ? Manglish is the combines word of Bahasa Malay and English . hahaha
I need to practice on my English although my English is bad . huh ! 
I just want to learn from someone who are willing to teach me sincerely . heheh 
Who are here willing to teach me English ? If not , I'll volunteer myself to teach . 
Today we'll learn about singular and plural bla bla bla bla ... 
I have no skill to teach because I was born not to teach but to learned . =) 
ah.... I have no idea to talk about . 
There's nothing I can do to solve my problem , and here is the place for me to get some peaceful . 
I don't know why but I think this place much calmer for me instead of Facebook . 
Facebook just make me feel the burden of waiting someone . OMGoodness.. 
Here must have a lot of grammatical error , don't you think so ? 
urh .. I still need to learn a lot from my lecturer how to reduce the grammatical error . =.="

I have a nice song for you , hope you enjoy it . Click here if you want to hear that song .