Saturday, January 15, 2011

Kemalasan melanda!

Melalui detik - detik yang sukar kebelakangan ini mengajar aku menjadi lebih tabah. Tabah untuk menghadapi segalanya. Tetapi tabah sahaja pun tak guna kalau malas melanda diri.. Ada sahabat pernah brkata kepada aku, kalau kita fikir malas, memang kita akan jadi malas, tapi kalau kita fikir kita rajin, kita akan jadi rajin. Betul ke kenyataan(statement) itu? Macam - macam malas nak buat kerja. Pergi pejabat pun, takde kerja lain yang boleh buat, setiap hari benda yang sama saja. Duduk santai kat rumah pun boleh jadi satu masalah jugak untuk aku. Nak kata takde kerja kat rumah ni, ada, tapi aku yang malas nak buat. Kenyataan daripada sahabat aku itu pun belum tentu betul, sebab pernah terjadi sekali, aku punya la bersemangat, azam nak rajin pagi esok, tapi pagi esoknya sama saja macam hari biasa,kalau dah malas tu, malas la jugak. Tak mustahil korang tak macam tu kan?


Adakah contoh muka tengah malas seperti ini?   -gambar hanya hiasan(hehe)


Dah takde kerja letak gambar orang kan?
mak ai...ini la padah nya bila malas melanda, habis semua benda malas nak buat.aku punya malas, aku punya suka la.kau sibuk kenapa? aku tak mintak pandangan kau pun.hehe dialog rekaan semata-mata..
Makan pun malas, akibatnya kebuluran melanda-landa.
Pulak tu, bila dah malas, semua benda tak terbuat, hidup jadi bosan. Betul tak? betul la kan. Ini monolog dalaman aku la. bukan tanya pendapat kau pun. haih, susah la macam ni bila ada budak perasan macam kau. haha tak gurau tak mesra..law takde orang nak baca, yang kau baca apasal? nak mengata aku la tu.
letih la macam ni, bila nak abis praktikal ni?aku nak duk lam kelas, aku lagi suka dengar lecturer berleter daripada duk dalam pejabat yang tak habis dengan sesi buat ketupat.tak pasal-pasal aku yang kenyang dengan dosa sebab dengar diaorang duk mengumpat.


ni agaknya contoh orang buat ketupat? tapi bukan ini maksud aku. buat ketupat tu hanya kiasan..  -gambar hanyalah hiasan (law nak jugak gmbar camni,cari je kat google :p)



Sebut saja ketupat, terus buat perut aku berkeroncong. Dari pagi tak makan.. Waktu Malaysia sekarang ni da pukul 5:47 petang. Sempat minum susu fernleaf saja pagi tadi, tu pun aku kebas susu tepung abang aku punya. haha Sesungguhnya susu fernleaf tak muak diminum.. Nak cuba? pergi la beli kat kedai-kedai. Tak pernah dengar susu fernleaf? kalau macam tu, sila rujuk gambar 1 di bawah.



                            Gambar 1 (sekadar hiasan)                                    Gambar 2  (sekadar hiasan)   


Haa..jangan tertukar pulak dengan susu anlene. susu anlene pun tak kurang lazatnya..haha pada usia aku semacam ini, aku dah mencuba minum susu-susu seperti anlene ini. susu anmum aku tak cuba lagi.. nanti la tunggu aku dah kahwin, dah nak dapat anak baru aku minum. Jauh ke depan pulak aku berfikir. huhu


Argh, dah melencong jauh pulak aku ni.

p/s : "Saya bukan ah long, saya cuma nak tolong.." hahaha