Tuesday, June 21, 2011

Anugerah Tuhan yang tak ternilai .

Alhamdulillah, tepat jam 2.31 pagi tadi kakak ipar aku telah selamat melahirkan bayi perempuan . Kelahiran bayi ini merupakan anak ketiga buat abang Ngah aku yang sebelum ini telah dikurniakan anak lelaki sebagai anak sulung dan anak perempuan sebagai anak kedua . Dan kelahiran bayi ini adalah merupakan anak buah aku yang kelima. Tiga anak buah lelaki di mana dua anak buah lelaki aku adalah anak kepada abang Long dan seorang anak buah lelaki aku adalah anak kepada abang Ngah. Dua anak buah perempuan aku adalah juga anak kepada abang Ngah. Tahniah kepada abang Ngah kerana telah dikurniakan seorang puteri lagi di dalam keluarga beliau. hee

No comments:

Post a Comment