Thursday, June 30, 2011

Wooyoung masa kecik-kecik.. Mesti Comel!

Lagi beberapa hari je lagi aku nak balik shah alam. Tapi report aku masih lagi ade setengah baki yang tak siap. Boleh tak aku nak tangguh semester? haha takde keje betul nak tangguh semester hanya sebab tak siapkan report. aduyai... hari ni hari khamis.. sepatutnya anak buah aku yang nakal datang umah. whaaa.. tak sabarnya nak jumpa dia. rindu giler. aku tengok dia,terus teringat kat woo young.haha of course la tak same, tapi aku nak sangat anak buah aku ni nanti besar jadi cam wooyoung. hensem n cute. hehe

credit to google image
 
 
ni ariff, anak kedua abg long aku.

tak same ek? haha apa-apa aje la. teruk gile screen kmera henset aku, ni anak-anak buah aku la ni yang buat jadi macam ni.hee


yang paling suke menjahanamkan henset aku, budak dua orang ni ha,


ni la ifah n iwan, anak abg Ngah aku. 
(xde keje betul la ank buah aku ni posing mulut cmtu.kekeke :p)

aduyai..aku xde save la plak gmbr Adam, abg kepada Ariff. huhu nanti ade mase, aku ltak gmbr dia. Dah la diaorang tak jadi datang umah hari ni. Memang tak sempat la nak jumpe jawabnya, sebab ahad ni aku da nak balik shah alam. whaaaa.. Diaorang duk kat Kuala Terengganu, Aku duk kat Kemaman. Dua jam perjalanan. Jauh gak uh.
Kalau ifah ngn iwan, memang diaorang selalu ada kt umah aku. Sebab umah dekat je. hehe


Mood : nak siapkan report cepat. haha :p

Saturday, June 25, 2011

JACKnJILL ROLLERCOASTER !

gambar ni ambil dari google,hakmilik blogger Syaza :)

Aku suka JACKnJILL perisa CHEESE. Dah menjadi kegilaan aku untuk makan snek ni sekarang. haha Tengah buat laporan pun sempat lagi makan snek ni. Kalau menulis tu, aku tak kisah sangat law nak makan, sebab aku kidal. apa susah, makan je la dengan tangan kanan. hehe Ni nak menaip, agak kekok la jugak menaip dengan satu tangan. Macammana ntah aku boleh suka makan snek ni. dulu tak suka pun. huhu mungkin sebab aku ni jenis yang not up to date kowt. sebab tu lambat sikit sampai information yang snek ni memang sedap. hahaha

AWAS : kepada yang tak suka snek ni, jangan marah ye. aku tak maksudkan yang korang pun not up to date macam aku. hehe :p

Thursday, June 23, 2011

Perasaan yang takleh digambarkan !!

Gosh! aku mimpi ke apa ni? macam tak percaya je. Memang susah aku nak bagitahu camne.
Aku mula kenal dunia blog ni sejak aku tertarik dengan tajuk sebuah blog ni. Tajuk dia memang menarik perhatian aku. haha bile dah bace blog dia, lagi la buat aku tertarik nak kunjungi setiap hari. Boleh dikatakan semua entri dia aku suka.Terbukti yang pemilik blog tu tak gay, sebab dia da kawen. tapi ade je yang gay walaupun dah kawen. hehe aku rasa, mesti ada yang dah boleh agak blog siapa. adui.. ku nak cakap benda lain sebenarnya tadi, tapi da lupa da..hehe dek kerana minatnya aku dengan blog beliau, akhirnya otak aku telah menyarankan aku untuk bergelumang dengan dunia blog ini. cait..ayat aku ni memang tak boleh blah. mau ade yang marah ngan aku nanti. hehe gomenasai!!

Walau macam mana sekalipun pun, terima kasih la kat dia sebab sudi tengok blog aku ni. Memang aku tabik spring la kat dia. aku pun tak tahu nape aku leh suke bace blog dia. lame gak aku tunggu entri baru daripada dia, baru aku tahu kenapa amek masa lama, rupanya dia pergi honeymoon dengan isteri dia. law tak caye, tekan sini. itu merupakan blog isteri dia. gile punye sweet la pasangan ni. haha da macam rupa kawan sekolah aku je aku tengok diaorang berdua. Sumpah aku tak tipu. kawan aku jadi saksi. kawan aku pun terkejut bila tengok gambar diaorang.

Tapi perbezaan umur yang agak ketara tu menyumbangkan satu jawapan kat aku n kawan aku yang diaorang ni tak mungkin kawan sekolah aku. haha tak melampau ke aku cakap perbezaan umur yang agak ketara sedangkan diaorang 20+ dan aku plak baru je genap 20. hehe gedik ah kau..


mula tu cam tak percaya jugak yang dia ni berblogwalking kt blog aku, ye la, setakat bg komen kt shoutbbox, ada je orang leh menyamar jadi dia,tapi aku dapat satu bukti yang kukuh, memang dia! hehe aigoo.. dah hilang dah fokus aku nak buat report, tak pe la, berbekalkan semangat yang ada ni, aku akan tetap cuba fokus dengan pembikinan report aku yang bertangguh tu.

thanks sekali lagi,sebab sudi berkunjung ke blog ini. Bagi yang masih lagi tak tahu n nak tahu siapa dia yang sebenar, klik sini..
tak lupa jugak terima kasih kat sesiapa yang berkunjung ke sini.
sebelum terlupa, hehe ada lagi sorang, thanks to Budak Botak sebab sudi datang sini n follow. :)

p/s: kepada yang berkenaan, jangan disebabkan aku tak mention korang lam entri ini membuatkan anda terasa diri anda tidak dihargai,kerana yang menulis ini adalah aku, dan aku je yang tahu betapa diri anda begitu berharga.. hee :))

Seminggu yang Kritikal !

Ada lagi lebih kurang seminggu untuk aku siapkan laporan latihan industri. Kena bermati-matian untuk dapatkan maklumat dan isi-isi yang betul dalam tempoh yang kritikal ni. haha tu la, orang suh siapkan laporan dulu tak nak, pentingkan keje part time sangat. sekarang tengok siapa yang rugi.. mak aih, dah la gaji tak masuk-masuk lagi. okeh okeh, lupakan dulu sal gaji, sekarang ni tingkatkan usaha untuk siapkan laporan dulu. hahaha
nak tingkatkan usaha camna law diri asyik terfikir sal nak usha blog orang je. abang-abang kat umah dah bising, kononnya prihatin kat aku, cukup-cukup la tu on9, p siapkan report dulu, padahal diaorang ada udang di sebalik mee. ingat aku tak tahu yang diaorang tu sebenarnya nak on9 plak. (umah aku ni pakai modem biase je, xde wifi, sebab tu kene FCFS. FCFS tak tahu? First Come,First Serve la. kekeke :p law ade wifi, takdenye aku nak berebut-rebut dengan abang aku untuk 0n9. Peace !)
haish nyamuk ni, orang nak berblogging pun, sibuk dia nak kacau. banyak plak diorang ni keluar time Maghrib camni. ok lah, wish me luck(sempat siapkan report yang memerlukan minimum80m/s tak termasuk lampiran.) mak aih.. pening kepala. Nak tengok anime kateikyoushi hitman reborn jap, semalam penat-penat loading, tibe-tibe je blackout. tau-tau je la pc, habis terpadam semua. geram geram.. hehe

Tuesday, June 21, 2011

[MV] 2PM - Hands Up

hahaa tak sangka plak leh jumpa MV ni kat youtube. enjoys !!

Anugerah Tuhan yang tak ternilai .

Alhamdulillah, tepat jam 2.31 pagi tadi kakak ipar aku telah selamat melahirkan bayi perempuan . Kelahiran bayi ini merupakan anak ketiga buat abang Ngah aku yang sebelum ini telah dikurniakan anak lelaki sebagai anak sulung dan anak perempuan sebagai anak kedua . Dan kelahiran bayi ini adalah merupakan anak buah aku yang kelima. Tiga anak buah lelaki di mana dua anak buah lelaki aku adalah anak kepada abang Long dan seorang anak buah lelaki aku adalah anak kepada abang Ngah. Dua anak buah perempuan aku adalah juga anak kepada abang Ngah. Tahniah kepada abang Ngah kerana telah dikurniakan seorang puteri lagi di dalam keluarga beliau. hee

10 benda yang wajib diketahui !

haha tajuk cam apa je . sebenarnya aku nak bagitahu 10 benda tentang aku yang perlu diketahui . Sebelum tu , kasar ke kalau aku bahasakan diri aku ni , aku ? hee okeh okeh , back to the topic , ada banyak benda yang perlu diketahui tentang aku , tetapi sebaiknya 10 sahaja pun dah memadai ,bukan ? tak perlu banyak-banyak sebab tak penting sangat pun . hee



10 benda yang wajib diketahui tentang aku adalah seperti berikut ;

1. Aku adalah seorang pelajar Politeknik Shah Alam
(agak terkilan la jugak bila orang selalu tanya aku belajar kat mana ,aku jawab kat shah alam ,semua ingat aku belajar kat UiTM . huuu )

2. Aku satu-satunya pelajar yang berasal daripada Terengganu dalam kelas aku
(ini membawa maksud aku adalah orang pantai timur , tempat lahir aku di Kemaman . hee )

3. Aku adalah perempuan
(takut-takut ada yang takleh nak bezakan aku ni perempuan atau lelaki atau Nyah . haha)

4. Aku anak kelima daripada lima beradik.
(aku ada empat orang abang , dan ia membawa makna aku adalah anak perempuan tunggal lam keluarga aku . tapi tak bermakna aku ni anak manja . tidak sekali-kali . hee)

5. Aku ada lagi setahun untuk habiskan pelajaran aku di Politeknik
(aku baru je habis praktikal di Pejabat Tanah Kemaman . nak kata baru lagi tu , tak jugak . hee dah sebulan lebih aku habis praktikal , tapi report praktikal aku tak siap-siap pun lagi . hee)

6. Aku baru je mencapai umur 20 tahun pada awal bulan Mei yang lepas
(siapa leh teka tarikh lahir aku dengan betul , memang hebat la ,dan aku tak teragak-agak nak bagi hadiah . kecuali kawan kawan aku yang sememangnya dah tahu tarikh lahir aku .hohoho)

7. Aku bukan tak suka kena marah
(ada ke orang yang suka kena marah ? haha mungkin ada segelintir orang suka kena marah tapi aku ni jenis yang cepat terasa , iya la, nama pun perempuan , perasaan perempuan kan halus . orang tinggi suara sikit pun , aku dah terasa . tapi tak bermakna aku ni manja . memang semulajadi begini . hee)

8. Aku senang terima teguran orang
(oleh kerana aku jenis macam ni , jadi tak perlu nak marah marah aku sekiranya aku ada buat silap . Ini adalah salah satu cara aku nak mengelak kena marah . haha)

9. Aku mudah percayakan orang
(ini kawan aku yang beritahu aku , aku tak tahu betul ke tak , tapi mungkin betul kowt , sebab dah banyak kali aku dipermainkan orang , termasuk kawan-kawan aku . huhu)

10. Aku lagi suka tidur daripada ulangkaji
(kalau tak tidur , aku lagi suka main-main daripada ulangkaji , sebab itu kawan kawan serumah aku selalu tegur aku . bagi aku , ulangkaji tu buat sakit kepala je . haha kalau aku insaf dek kerana kawan-kawan aku , ada dalam seminggu jugak aku duk ulangkaj , tapi lepas tu aku buat hal balik . hee)

ini je yang termampu aku buatkan. jenuh jugak aku duk fikir, nak bagitahu apa, banyak sangat yang bermain lam fikiran aku. Hanya orang yang kenal aku je yang tahu aku macam mana. hee

Sunday, June 19, 2011

Kateikyoushi Hitman Reborn . . .

Kenapa aku buat tajuk anime jepun? ini kerana, penting untuk semua orang tahu, bahawasanya tiada peringkat umur yang di hadkan untuk melihat anime. hehe Seusia aku baru mencapai 20 tahun, adakah dilarang untuk melihat anime? Jawapannya tidak, bukan? Pada usia macam ni, seseorang itu tak boleh memandang rendah kepada aku hanya kerana aku suka tengok anime.

Tak bermakna aku tak matang, sekadar mendapatkan kepuasan diri je pun, aku bukan nye terlalu taksub sangat tengok anime. Entri kali ni bukan untuk menyatakan ketidakpuashatian aku terhadap pengkomen pengkomen yang mengkomen aku tak ubah macam kanak-kanak apabila aku masih lagi melayan anime dan manga. Tak ada masa untuk aku mengbuang masa aku yang berharga daripada bercerita tentang itu.




Entri kali ni aku nak cerita, betapa excited nya aku bila dapat tengok anime hitman reborn kat tv8 semalam. Walaupun ianya agak pelik bila diubah suara daripada dialek jepun ke dialek chinese, aku tetap layan jugak tengok anime tu. Mana tidaknya, dah hampir 5 tahun aku tak update diri aku dengan manga hitman reborn. Dulu aku selalu baca manga hitman reborn dalam Arena Komik. Bila dah lama tak baca Arena Komik, aku dah kurang pengetahuan tentang manga-manga dan anime. Tetapi ! hehe mesti la ada tetapi nya jugak, oleh kerana aku dibesarkan dikalangan abang-abang yang minat dengan anime dan manga, adalah jugak sedikit informasi yang aku dapat daripada diaorang.

Sebelum terlupa, cerita hitman reborn ni mengisahkan tentang seorang budak lelaki biasa,Tsuna yang dipilih menjadi ketua yang kesepuluh bagi sebuah kelab mafia. Walaupun banyak aksi dalam cerita ni, tapi unsur-unsur komedi dan kekeluargaan juga diterapkan dengan sebaiknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, tontonlah sendiri. hehe Watak yang paling aku suka dalam anime ni ialah Lambo. Funny and adorable.

Saturday, June 18, 2011

Apabila berBlogging lagi penting daripada buat report !

Rasanya ada betul jugak dengan tajuk yang aku buat ni. iye la, mane tidaknya, report yang perlu dihantar tak sampai 15% siap, aku pulak sibuk nak meng-update blog. Dah lama kowt aku tak update blog aku ni. 2minggu je pun. hee takpe la report, kau tunggu la ye. nanti last minute baru siapkan kau. ngeh3..

Baru tadi aku singgah blog kepunyaan kawan aku,wahh.. bukan main lagi kawan aku yang seorang ni, baru je berblogging, da dapat high traffic, aku yang da beberapa bulan berblogging ni tak setinggi itu. kawan aku pun tak ramai mane. well, nak buat macam mana, aku hanya manusia biasa. hahaha Tapi aku memang sungguh kagum la dengan blog dia, kemas and ceria. Kalau tgk blog dia, memang takkan bosan.

Setiap orang kan ada kelebihan masing-masing. Aku kena banyak belajar daripada dia cara untuk kendalikan blog sebab memang blog dia wonderful n ceria dengan widget. Kalau tak percaya, cuba la tengok blog kawan aku ni. Ruang Nadia Isa

Aku dah agak lama tak berhubung dengan kawan sekelas aku. Sejak aku delete facebook aku, aku makin kurang berhubung dengan kawan kawan sekelas aku. Rindu sangat sangat kat kawan serumah aku, lebih-lebih lagi kawan aku yang makin busy berblogging ni. Nurul Nadia Mt Isa. hee

p/s to nadia isa : Takpe la kau tak ingat aku, aku tetap ingat kau dan yang lain lain. Sorry aku tak dapat duduk sekali rumah sewa ngn kau lagi. tapi takpe tak nanti aku nak tumpang tidur umah korang? hehe

lot of love, Jj .