Tuesday, May 31, 2011

Aku atau dia yang patut malu ?

haa..alkisahnya bermula apabila kesalahfahaman berlaku antara kitaorang.
macam siot je. entah macam mana aku boleh tak perasan mamat chester tu tengah naik eskalator kat depan kiteorang. ok ok, sebelum cerita jadi pelik, meh aku perkenalkan individu-individu yang terlibat dalam insiden yag baru terjadi  tadi. aku, serah, wadah dan eini. kiteorang ni promoter kat the store. department baby n children. mamat chester tu kiteorang gelar chester sempena brand yang dia promote. dia promote bahagian bantal bantal n comforter.

nak dijadikan cerita, aku ni takut dengan belon, kebetulan the store dalam perayaan menyambut hari jadi yang ke 43, banyak la belon belon yang bergantungan di dinding.. Wadah suka sangat menyakat aku dengan belon, jadi, sebelum kiteorang berempat ni naik untuk punch card kat tingkat atas, kiteorang sempat lagi bersenda di eskalator. aku kenakan Wadah. aku biarkan Wadah naik eskalator sorang sorang. tinggal la aku, serah dan eini bertiga di tingkat bawah. dari bawah aku nampak Wadah yang berada di tingkat atas. haha

kesian dia, sedih sebab dia sorang sorang je kat tingkat atas. tu la, sape suh dia main belon, dah tahu aku takut belon, usik jugak lagi.. hee aku yang dalam mood nak ceria kan balik si Wadah tu, aku saje la laung kat Wadah " Hye Awak".. nak tengok reaksi dia macam mana.. tengah aku syok melambai kat Wadah, ade orang berpaling ke arah aku..

rupanya ade orang tengah naik eskalator masa tu. MAMAT CHESTER plak tu. mak ai.. si Wadah ni plak takdenye dia nak pandang kat aku yang tengah melambai kt dia, sebaliknya mamat chester tu plak yang berpaling dan memandang kat arah aku,siap angkat kening kowt,ingat aku tegur dia.haha

yang tak tahannya, masa dia dapat tahu aku bukan tegur dia, air muka dia memang gila-gila berubah.lain benar.. adooi.. pecah perut si Serah duk gelakkan aku. Eini plak duk tahan gelak. Aku ni memang tak terkata la. yang mampu aku buat mase tu, tutup mulut dengan tangan. si mamat chester tu plak terus pandang depan n melarikan diri dari tempat kejadian.

so, the moral of the story, perhatikan keadaan sekeliling sebelum kenakan orang. nanti kena pada diri sendiri. wakaka ;)

No comments:

Post a Comment