Sunday, January 8, 2012

Three subject the Killer !

Assalammualaikum wbt ...
Salam Sejahtera ...
Salam Satu Malaysia ...
Kalau tidak kerana bulan , masakan bintang terbit tinggi , 
kalau tidak kerana kalian , masakan saya ada di sini .
Hadirnya saya pada hari ini adalah tidak lain tidak bukan , adalah untuk menyampaikan sebuah pidato kisah yang bertajuk Kusangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang . hahaha  #suka hati aku je nak reka ayat macam ni.
huh ! baru sekarang baru aku sedar yang aku sebenarnya tak pernah mulakan entri dengan ucapan salam . 
haish .. sebenarnya tajuk entri kali ni takde kene mengena pun dengan ape yang tertulis di atas tadi . 
#merapu ape entah aku malam malam ni . hahaha

semester terakhir ni aku ingat kan lagi rilek daripada semester lepas sebab semester ni final exam tiga paper je , rupanya tiga paper ni laa paper paling killer bagi course International Business di PSA . 

i) export management for small business
ii) international marketing
iii) international finance

Ayat yang paling aku tak boleh lupakan ialah salah satu ayat daripada pensyarah aku 
"kalau korang rasa korang tak mampu, lebih baik korang drop je subjek ni, kalau korang jumpa lagi subjek ni sem depan , korang drop lagi , kalau jumpa ja subjek ni lagi , drop je , sampai la politeknik bubarkan subjek ni . " #subjek International Finance
 nampak tak ? betapa pensyarah itu memperlekehkan pelajar seperti kami . huhuhu #tapi aku jadikan kata kata dia sebagai pembakar semangat aku untuk teruskan berjuang mendalami subjek itu . maybe itu satu nasihat daripada dia , mungkin memang betul subjek tu Killer ! 
whaaa takut weyh .. semua subjek semester ni agak mengerikan sebab semuanya boleh dikatakan teori . ada sikit je pengiraan . OMG !  #masyaAllah , selama ni aku bergantung harap dengan kebolehan pengiraan matematik je . huhu

itu hanya paper yang masuk final exam , tak termasuk lagi Projek Perniagaan kiteorang ni . hadooiii
aku takleh bayangkan macam mana laa kehidupan aku kalau aku further study kat universiti , sebab aku rasa pembelajaran kat politeknik pun dah cukup sukar bagi aku , inikan pula universiti .  #lantak korang la nak cakap aku ni budak lemah semangat , tak bercita cita tinggi atau apa apa pun , yang penting aku tahu apa keputusan aku .


#aku sebenarnya taktahu nak further study ke tak , hati aku berbelahbagi. MUET aku tak amek, sebab aku tak rasa yang aku akan further study dengan masalah kewangan yang tak mengizinkan . Kalau aku bijak pandai macam kawan aku yang dah dua kali dapat 4 flat , takpe jugak . boleh mohon scholarship . AKU PUN NAK JUGAK GENGGAM IJAZAH ! =(

harap semester ni aku dapat memecah rekod . Aku nak cuba mendapatkan 4flat . =)

FYI , aku ni kuat main main masa belajar , semua orang macam tu kan ? jangan nak tipu laa . hahaha



No comments:

Post a Comment