Friday, January 20, 2012

Marah tanda Cemburu atau Ego ?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera . 
Kata-kata aluan sebagai pembuka bicara . hahaha 
Sukar betul untuk aku menyesuaikan diri dengan pembuka bicara , kekok jadinya aku ni . 
#ayat aku dah tunggang terbalik jadinya . hahaha

pagi pagi lagi aku dah mula mengarut .
kata orang , 
orang yang banyak gelak ketawa tu maknanya dia tengah simpan sendu di hati , 
betul ke ?
#betul la tu kowt , kalau tak , orang takkan kata macam tu .

Topik kali ini agak kabur dari pandangan jelas aku .
Apa entah motif aku nak buat untuk entri kali ini .
Hakikatnya , marah tu satu perasaan yang boleh mengundang bahaya .
sebab suatu saat nanti kita akan rasa menyesal .

Sebab ianya terjadi dalam hidup aku .
Aku tak tahu kenapa aku marah sangat kat kawan aku yang paling aku rapat .
aku cemburu ke ? atau aku ego ?
cemburu sebab dia macam dah tak kisah tentang aku .
ego sebab tak nak mengakui perasaan aku kat dia .
#konon aku boleh terima keadaan , padahal hakikatnya aku sendiri sukar nak telan .

sekarang ni pun aku terfikir fikir .
adakah dia pernah terfikir tentang aku sepanjang hubungan kiteorang ni renggang ?
bukan renggang , tapi putus .
#sesungguhnya dialah kawan lelaki yang paling rapat yang aku pernah ada .

dah nama pun kawan , mustahil aku tak sayang dia .
kalau tak kerana rasa sayang tu , mungkin aku dengan dia tak jadi macam sekarang ni .
mungkin sekarang ni aku boleh merasa kehadiran seorang kawan baik di sisi aku .
#sekarang ni aku rasa aku memerlukan dia sangat-sangat .

kadang kadang aku menyesal , kerana ego , semua benda boleh terjadi .
Aku terlalu ego baginya , sedangkan bagi aku , dia yang paling ego antara kami berdua .
sampai akhirnya , hubungan kawan antara kitaorang seakan akan putus di tengah jalan . 
Kitaorang dah tak macam dulu .
Not a close friend anymore .
mungkin kitaorang akan saling buat tidak mengenali antara satu sama lain .

menyesal sekarang pun dah tak guna ,
menangis air mata darah sekali pun ,
aku tetap takkan dapat memutarkan kembali masa antara aku dan dia .
#sesungguhnya , He's the best friend I ever had .

I miss you my little friend , I will never forget our memories together although just in a short time .

No comments:

Post a Comment