Showing posts with label Centre Point Kemaman. Show all posts
Showing posts with label Centre Point Kemaman. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Pertemuan Kali Pertama bersama JJX menjengah di ingatan !

Masa pertama kali jumpa JJX , aku tak sangka yang aku akan sayang JJX sangat-sangat .
Pertemuan yang dirancang secara tiba-tiba agak membuatkan jantung aku berdegup kencang .
Aku tak pernah terfikir nak bertemu JJX .

Aku menunggu JJX di perhentian bas kat depan Centre Point Kemaman .
Kalau tak silap aku , JJX baru sampai dari Kuala Terengganu .
JJX datang Kemaman pun atas urusan kerja .
Empat hari tiga malam  je .

Hari pertama jumpa JJX , ya Allah , hati aku gelisah yang teramat sangat .
Perasaan takut menyelubungi diri .
Nasib baik ada seorang kakak , 
kak Nadia aku panggil ,
yang teman aku mesej sepanjang keluar dengan JJX .

Masa aku nak melangkah masuk ke dalam kereta JJX , aku teragak-agak .
Aku tanya JJX , " ni JJX ke ? "
JJX jawab , " ye , masuk lah cepat . "
Dengar je arahan daripada dia , spontan aku terus masuk .
Aku mendiamkan diri aku .
Jantung aku memang tak terucap la , memang laju degup jantung aku .
Tangan terketar - ketar , 
aku selindungkan dengan menggosok-gosokkan tangan aku kat telefon bimbit .
Laju je aku taip mesej kat Kak Nadia ,
Aku hantar mesej camni 
" Kak , jue takut la . Camne ni . "
JJX tanya aku , " haa , mesej ngan siapa tu ? "
aku jawab , " dengan kawan sekerja , kenapa ? " sambil tersengih memandang JJX . 
Konon nak selindung rasa takut . hehe
JJX tanya lagi , " Jue takut ngan JJX ke ? "
Aku terus jawab , " eh , mana ada , nak takut apanya ngan JJX . " dengan muka yang sangat yakin .
Aku tersenyum puas sebab yakin dengan jawapan aku .
JJX pun cakap " habis tu kenapa hantar mesej kat kawan cakap takut ? "
Aku terkejut . Mana dia tahu ni ? Dia intai aku mesej kak Nadia ke ?
Aku jawab , " eh , takde la . bila plak Jue hantar mesej camtu . " Aku cuba yakinkan JJX ,
JJX tersengih .
Aku pelik . ' apahal mamat ni ? ' aku mengomel di dalam hati .
JJX tanya lagi , " habis tu kalau betul Jue tak takut dengan JJX , kenapa salah hantar mesej kat JJX ? Siap cakap takut la . Betul kan ? Ni mesej Jue tadi . " terus dia tunjukkan telefon bimbit dia .
Aku terdiam . Tersengih macam kerang busuk .
Aku jawab , " mana ada , err . Jue bukan takut dengan JJX , err . Jue nak hantar mesej tu kat kawan Jue , nak cakap yang Jue takut err . Jue takut tunggu kat perhentian bas tadi sorang-sorang . Bukan takut dengan JJX . " sekali lagi dengan yakinnya aku berkata-kata .
JJX soal lagi , " nak takut apanya kat perhentian bas tu ? "
dengan berbekalkan sedikit idea , aku menjawab , 
" kat situ bahaya , kawan Jue cakap ada yang kena ragut , kena rompak kat situ . mesti la Jue takut . hehe "
aku tersenyum ketakutan . 
mesti la takut ,
takut alasan yang aku bagi tu tak diterima pakai oleh JJX .
JJX tanya lagi , " bahaya ei kat situ ? Okay , takpe la kalau macam tu . JJX ingatkan tadi Jue takut dengan JJX . " JJX tersengih memandang aku .
' haish budak ni , tahu tahu je aku takut ngan dia ' ngomel lagi aku kat dalam hati .
Aku cuma tersenyum memandang ke arah dia .

suasana sepi tiba-tiba apabila kitaorang mendiamkan diri .
aku nak tergelak pun ada jugak sebenarnya ,
ye lah , manakan tidak ,
boleh pulak aku tersalah hantar mesej tu kat JJX .
Mati mati aku ingat aku hantar mesej tu kat kak Nadia .
Aku cuba membayangkan macam mana la reaksi Kak Nadia kalau dia dapat tahu .
Bayangan aku terhenti apabila JJX tetiba bersuara menanyakan aku
" kita nak pergi mana ni ? "
aku laju je menjawab 
" ikut JJX la , JJX yang bawak kereta , bukan Jue " aku tersenyum memandang JJX .
" kalau ikut JJX , JJX bawak Jue balik rumah dah ni . " JJX tersenyum sambil senyum gatal .
" eh , mana boleh macam tu . " spontan aku menjawab . naik seram jugak aku dengar JJX cakap camtu .
" habis tu tadi cakap ikut JJX ? " JJX tak mahu mengalah .
" JJX sampai tadi mesti laparkan , tak makan lagi . kita pergi kedai makan je la kalau macam tu . "
Aku menjawab bersahaja . Malas nak layan . Takut nanti makin di layan makin menjadi-jadi .
JJX mengikut saja usulan ku .
Hampir 15 minit berlegar di bandar Kemaman , sebuah kedai pun tidak kami jejaki .
JJX merungut " cakap tadi nak pergi kedai makan , daripada tadi pusing , tak singgah pun . "
Aku membalas " la , ikut JJX la nak singgah kedai makan mana , Jue okay je . "
JJX menjawab " JJX mana la tahu nak singgah kat mana . adooi .. "
" kalau nak , kita beli je la apa yang patut kat pasar malam , hari ni ada pasar malam , nanti dah beli , kita pergi je mana-mana untuk makan . " aku memberi cadangan .
JJX jawab " ala , susah la macam tu , kita cari je la kedai-kedai makan kat tepi jalan . "
Aku hanya mengangguk .
Aku terus bagi petunjuk pada JJX untuk ke sebuah kedai makan yang aku pernah kunjungi .
Masa kat kedai makan tu , suasana agak lengang sebab tak ramai pelanggan .
Aku mengambil tempat berhadapan JJX .
Ya Allah , sekali pandang je kat mata dia , aku dah tertarik .
Mata dia cantik . Aku malu nak bertentang muka dengan dia .
Sekali lagi kitaorang membisu.
Aku banyak memandang ke arah sekitar kawasan sekeliling berbanding wajah JJX .
Sesekali mata kitaorang bertaut .
Aku hanya mampu menghadiahkan sebuah senyuman saja pada dia dan dia hanya bersahaja .
Setiap kali dia mengalihkan pandangan dia daripada menatap aku , aku akan merenung wajah dia .
Boleh tahan , rambut panjang sedikit ikal . 
Baru aku perasan , dia pakai spek semasa memandu saja .
Masa kat kedai makan tu , dia bukak spek dia dan letakkan kat atas meja .
kalau tak silap , jenama spek dia , ray ban .
*err , betul ke ek ? aku dah ingat - ingat lupa .
Hampir 20 minit kat kedai makan tu , kitaorang ambil keputusan untuk balik .
Semasa kitaorang melangkah keluar daripada kedai menuju ke kereta ,
aku ingat lagi , aku ada beritahu dia 
" JJX nak tahu tak , kereta JJX sama macam kereta Abang Long Jue , cuma warna je yang lain . "
JJX bertanya " ya ke ? " sambil tersenyum dan melangkah masuk ke dalam kereta .
Begitu juga dengan aku , masuk saja di dalam kereta , aku memberitahu JJX
" iya , betul . Sama . Fragrance yang JJX guna pun sama dengan Abang Long . "
" Jue rasa macam keluar dengan Abang Long Jue je . hehehe " aku ketawa kecil apabila terfikir sedemikian .
JJX mendengus " mana boleh rasa macam tu . "
aku menjawab " biar la . takleh ke ? "
JJX hanya mendiamkan diri .
Aku pun terus berkata pada JJX
" nanti hantar Jue kat pintu masuk belakang Centre Point eh ? "
Mendengar sahaja kata-kata ku , dia terus memandu menuju ke arah destinasi yang aku katakan tadi .
Sepanjang perjalanan tu , JJX tetiba je bersuara
" Alamak , JJX lupa la nak bawak pencuci muka . Kat mana nak cari ek kat sini ? "
" kalau nak , kita singgah la kat Watson jap ? " aku bagi cadangan .
JJX menggeleng .
" dah pukul 6.45 ni . Pintu gate tutup kul 7.00 . nanti JJX takleh nak masuk dah . "
Baru aku teringat , JJX menginap kat tempat dia berurusan untuk kerja .
Jadi agak sukar untuk dia ke mana-mana tanpa perlu mematuhi masa yang ditetapkan .
" kalau macam tu , biar Jue belikan je la . Selalu pakai apa ? "
JJX menjawab " takpe ke Jue beli kan ? emmm . kalau boleh , JJX nak Garnier for Men "
sekali lagi laju je aku menjawab " alamak , yang tu  takde kat tempat Jue "
Kebetulan hari tu aku ada cari jugak pencuci muka jenama itu untuk abang aku kat tempat aku kerja , tapi tiada stok .
" kalau macam tu , beli je la jenama apa pun . JJX tak selesa kalau tak cuci muka dengan pencuci muka . "
Pertuturan JJX tatkala itu menggambarkan yang dia betul-betul tak selesa kalau tak cuci muka dengan pencuci muka . Aku tersenyum . Tak sangka dia jenis yang jaga muka . 
Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata JJX tanda mengerti .
Sampai saja di destinasi , aku ucapkan terima kasih , dan JJX memberitahu ku
" nanti malam , Jue temankan JJX makan , boleh ? nanti JJX mesej . "
Aku terkejut tapi masih sempat mengangguk dan terus keluar daripada kereta .
Aku melangkah dua tiga langkah dan berpaling memandang ke arah kereta JJX yang berlalu pergi .

hehe penat jugak ek nak cerita semula apa yang telah terjadi , tapi sesungguhnya ianya adalah sebuah kenangan yang tak mungkin aku lupakan . kejadian yang berlaku selepas daripada pertemuan ini lagi meninggalkan banyak kenangan kepada aku . bermula daripada pertemuan ini lah yang menyebabkan aku sedar , aku tak boleh hidup tanpa dia . Sebab dia selalu ada untuk aku . 
I miss you , JJX .

p/s : if you're reading this , my JJX , I'm sorry . I just want to share my feeling about you . because I can't bears all about you anymore .