Saturday, May 17, 2014

First entri untuk tahun ini

Lama sudah tak jenguk ruangan ini. 

Nak cakap sibuk tu takdelah sibuk sangat, 

mungkin kerana tak pandai urus masa dan kekangan untuk meng-online-kan diri. 

Setakat nak update facebook twitter insta wasap wechat tu ape lah sangat kan.. 

Boleh sesangat. hihi 

Okey okey sebelum eden melalut panjang lebar ni eden nak bagitau, 
tinggal sebulan lebih je lagi kita nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan. 


yeayyyy..


Semoga dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah puasa tahun ini. InsyaAllah, amin..



Okey, ini je entri untuk kali ini. teheee 
Semoga ketemu lagi. Smiilleeeeeeeee ;D

Tuesday, October 8, 2013

Aku dan Masalah Berpisah tiada

there, here we go hahah merepek je kerja aku ni hmm guess what,I'm officially unemployed dah masuk sebulan jugak lah menganggur ni parent tak kasi keje kat pasaraya kata mereka, dah la balik malam, pulak tu, gaji tengah bulan, tak berpatutan *aku part time je ni tengah mencari cari peluang pekerjaan di sekitar hometown aku,Kemaman well, last month ada dapat offer kerja kat area taman shamelin perkasa, bantuan daripada seorang kawan, memang nak sangat lah pergi nya, tapi apa kan daya,parent tak izinkan. kata mereka, sara hidup kat sana tinggi, tempat orang pulak tu, kang cultural shock pulak. tapi bagi aku tu cuma alasan parent aku je kenapa tak nak bagi aku keje kat sana. hey, tiga tahun aku belajar kat shah alam, n well, aku takde pun nak cultural shock, even shah alam punya sara hidup pun aku rasa lebih kurang je dengan sara hidup kat kemaman ni. hm begitu lah cerita nya, cerita kenapa nak cari kerja kat area hometown je. *sedih* bila dah tak kerja ni, banyak menda yang perlu guna duit. gaji hari tu ada berbaki lagi sikit,cukup cukup untuk aku bayar duit kutu for next month. next after nextmonth taktau nak cekau duit dari mana. takkan nak mintak duit daripada parent. pening jugak memikirkan nya

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak! ;D

Ahlan wa sahlan Ramadhan. Ya Allah, terima kaseh atas kurniaan Mu, masih memberi kesempatan untok aku menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. ;D Nampaknya aku memang dah lama tak meng-update blog aku ni. Rasa kekok menyelubungi diri. Hahah takpe takpe. Let's ice breaking! Dah masok maghrib tadi, kiranya dah masok bulan Ramadhan la kan? Correct me if I'm mistaken. Hopes all of us dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita di bulan Ramadhan ni. *sebenarnya dah tak tahu nak coret apa, so, sebelom melalot yang bukan bukan lagi, once again, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. ;D

Tuesday, May 29, 2012

Merapu !

Alhamdulillah . hee
Syukur ke hadrat ilahi, masih ada kesempatan untuk aku ber-blogging. hahaha adoi..
Kebelakangan ni, aku rasa something wrong somewhere. maybe perasaan aku je kowt. err
Never mind of it. Just focus ahead! hohoho err  (-_-")
tahun ni , aku dah capai apa yang aku nak . Alhamdulillah , syukur sangat-sangat .
cuma sekarang ni aku tengah runsing macam mana nak apply kerja .
fail yang aku letak sijil-sijil aku dah hilang entah kemana .
last aku pegang fail tu masa aku pergi interview SPA kat kuala terengganu . err ?
itu je yang aku ingat . huhu
mak aku dah membebel , dia cakap aku rilek ja bila fail tu hilang .
habis tu , kalau aku bising-bising gelisah , dia jugak yang serabut satgi . sebab tu aku diam ja . huu
kinda miss on the moment when still studying at polytechnic .
hurm !

Friday, January 20, 2012

Marah tanda Cemburu atau Ego ?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera . 
Kata-kata aluan sebagai pembuka bicara . hahaha 
Sukar betul untuk aku menyesuaikan diri dengan pembuka bicara , kekok jadinya aku ni . 
#ayat aku dah tunggang terbalik jadinya . hahaha

pagi pagi lagi aku dah mula mengarut .
kata orang , 
orang yang banyak gelak ketawa tu maknanya dia tengah simpan sendu di hati , 
betul ke ?
#betul la tu kowt , kalau tak , orang takkan kata macam tu .

Topik kali ini agak kabur dari pandangan jelas aku .
Apa entah motif aku nak buat untuk entri kali ini .
Hakikatnya , marah tu satu perasaan yang boleh mengundang bahaya .
sebab suatu saat nanti kita akan rasa menyesal .

Sebab ianya terjadi dalam hidup aku .
Aku tak tahu kenapa aku marah sangat kat kawan aku yang paling aku rapat .
aku cemburu ke ? atau aku ego ?
cemburu sebab dia macam dah tak kisah tentang aku .
ego sebab tak nak mengakui perasaan aku kat dia .
#konon aku boleh terima keadaan , padahal hakikatnya aku sendiri sukar nak telan .

sekarang ni pun aku terfikir fikir .
adakah dia pernah terfikir tentang aku sepanjang hubungan kiteorang ni renggang ?
bukan renggang , tapi putus .
#sesungguhnya dialah kawan lelaki yang paling rapat yang aku pernah ada .

dah nama pun kawan , mustahil aku tak sayang dia .
kalau tak kerana rasa sayang tu , mungkin aku dengan dia tak jadi macam sekarang ni .
mungkin sekarang ni aku boleh merasa kehadiran seorang kawan baik di sisi aku .
#sekarang ni aku rasa aku memerlukan dia sangat-sangat .

kadang kadang aku menyesal , kerana ego , semua benda boleh terjadi .
Aku terlalu ego baginya , sedangkan bagi aku , dia yang paling ego antara kami berdua .
sampai akhirnya , hubungan kawan antara kitaorang seakan akan putus di tengah jalan . 
Kitaorang dah tak macam dulu .
Not a close friend anymore .
mungkin kitaorang akan saling buat tidak mengenali antara satu sama lain .

menyesal sekarang pun dah tak guna ,
menangis air mata darah sekali pun ,
aku tetap takkan dapat memutarkan kembali masa antara aku dan dia .
#sesungguhnya , He's the best friend I ever had .

I miss you my little friend , I will never forget our memories together although just in a short time .

Sunday, January 8, 2012

Three subject the Killer !

Assalammualaikum wbt ...
Salam Sejahtera ...
Salam Satu Malaysia ...
Kalau tidak kerana bulan , masakan bintang terbit tinggi , 
kalau tidak kerana kalian , masakan saya ada di sini .
Hadirnya saya pada hari ini adalah tidak lain tidak bukan , adalah untuk menyampaikan sebuah pidato kisah yang bertajuk Kusangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang . hahaha  #suka hati aku je nak reka ayat macam ni.
huh ! baru sekarang baru aku sedar yang aku sebenarnya tak pernah mulakan entri dengan ucapan salam . 
haish .. sebenarnya tajuk entri kali ni takde kene mengena pun dengan ape yang tertulis di atas tadi . 
#merapu ape entah aku malam malam ni . hahaha

semester terakhir ni aku ingat kan lagi rilek daripada semester lepas sebab semester ni final exam tiga paper je , rupanya tiga paper ni laa paper paling killer bagi course International Business di PSA . 

i) export management for small business
ii) international marketing
iii) international finance

Ayat yang paling aku tak boleh lupakan ialah salah satu ayat daripada pensyarah aku 
"kalau korang rasa korang tak mampu, lebih baik korang drop je subjek ni, kalau korang jumpa lagi subjek ni sem depan , korang drop lagi , kalau jumpa ja subjek ni lagi , drop je , sampai la politeknik bubarkan subjek ni . " #subjek International Finance
 nampak tak ? betapa pensyarah itu memperlekehkan pelajar seperti kami . huhuhu #tapi aku jadikan kata kata dia sebagai pembakar semangat aku untuk teruskan berjuang mendalami subjek itu . maybe itu satu nasihat daripada dia , mungkin memang betul subjek tu Killer ! 
whaaa takut weyh .. semua subjek semester ni agak mengerikan sebab semuanya boleh dikatakan teori . ada sikit je pengiraan . OMG !  #masyaAllah , selama ni aku bergantung harap dengan kebolehan pengiraan matematik je . huhu

itu hanya paper yang masuk final exam , tak termasuk lagi Projek Perniagaan kiteorang ni . hadooiii
aku takleh bayangkan macam mana laa kehidupan aku kalau aku further study kat universiti , sebab aku rasa pembelajaran kat politeknik pun dah cukup sukar bagi aku , inikan pula universiti .  #lantak korang la nak cakap aku ni budak lemah semangat , tak bercita cita tinggi atau apa apa pun , yang penting aku tahu apa keputusan aku .


#aku sebenarnya taktahu nak further study ke tak , hati aku berbelahbagi. MUET aku tak amek, sebab aku tak rasa yang aku akan further study dengan masalah kewangan yang tak mengizinkan . Kalau aku bijak pandai macam kawan aku yang dah dua kali dapat 4 flat , takpe jugak . boleh mohon scholarship . AKU PUN NAK JUGAK GENGGAM IJAZAH ! =(

harap semester ni aku dapat memecah rekod . Aku nak cuba mendapatkan 4flat . =)

FYI , aku ni kuat main main masa belajar , semua orang macam tu kan ? jangan nak tipu laa . hahaha



Saturday, December 31, 2011

Last day of 2011 .

Gosh ! today is the last day for the year 2011 . Time goes quite fast . hahaha 
#mimpi ape aku hari ni nak writing2 bagai.. 
urh . aku baru je blogwalking kat blog kawan aku . 
I'm quite shock . I'm never expect it . but thanks my dear BFF . love ya too . heheh 
ni link blog my BFF . agak-agak nak kenal dengan BFF aku try la klik sini k ? hehe
Panjang berjela-jela BFF aku punya wishlist sedangkan aku langsung tak terfikir semua itu . 
aku tak terfikir pun nak ubah diri aku padahal aku perlu ubah diri aku supaya tak jadi macam dulu lagi , banyak menyusahkan orang je , so , aku tetiba je terfikir tadi nak buat wihslist for the year 2012 , 
kat bawah ni ade serba sedikit wishlist aku untuk aku laksanakan bermula tahun baru ini . 

My wishlist for the year 2012 !!


  1. tahun baru semester baru , aku nak cuba dapatkan AKJ untuk semester ni memandangkan ini adalah semester terakhir aku di Politeknik .
  2. aku nak cuba jadi pelajar yang outspoken , tak malu-malu lagi depan pelajar lain .
  3. aku nak cuba jadi kawan yang dapat susah senang dengan kawan-kawan yang aku selalu abaikan . #i'm sorry for my attitude , i'm trying my best to be your good friend . =)
  4. aku nak lupakan semua benda yang telah meninggalkan kenangan pahit sepanjang tahun 2011 . #i'm letting him out of my life , so , never ask about him again . i hope i can .
  5. aku nak cuba jadi seorang yang tak lembut hati . #depends on situation , i'm not letting someone fools me again . too much hurt inside .
  6. aku nak jadi seorang anak yang baik untuk parent aku , jadi seorang adik yang disayangi oleh abang-abang aku , jadi seorang hamba yang selalu patuh pada perintah-Nya . #slowly change .
hehehe sori sori , tadi aku cakap serba sedikit je wishlist aku , 
tapi aku rasa macam banyak jugak wishlist aku untuk tahun ni . 

#tapi tak lebih daripada sepuluh , takde laa banyak sangat kann.. =) 

Semoga tahun baru yang mendatang ini dapat memberikan lebih banyak kenangan yang indah buat kita semua  .

Friday, December 23, 2011

APA PON TAK BOLEH .

Hidup ni mudah je kena tipu kan ? Walau dah cuba sedaya upaya untuk tidak meletakkan sepenuh harapan kat dia , tapi hati ni terlalu mudah untuk memberi sedangkan dia hanya main-main je . kenapa aku tak ikut kata hati aku ? kenapa mesti percaya jugak kat dia ? segalanya kerana aku takut menyesal di kemudian hari tetapi tengok lah sekarang macam mana , lagi teruk rasanya daripada menyesal . menyesal dan kecewa , satu perasaan yang berbeza . kenapa perlu meyakinkan aku tentang perasaan dia kalau dia tak terniat nak bersama aku ? memberi pun susah , menerima pun susah . Disakiti dan tersakiti . hehe

aku inginkan dirimu datang dan temui aku , kan ku katakan pada mu aku sangat mencintai dirimu .
semoga kau kan mengerti tentang perasaan ini .

Monday, November 7, 2011

Pertemuan Kali Pertama bersama JJX menjengah di ingatan !

Masa pertama kali jumpa JJX , aku tak sangka yang aku akan sayang JJX sangat-sangat .
Pertemuan yang dirancang secara tiba-tiba agak membuatkan jantung aku berdegup kencang .
Aku tak pernah terfikir nak bertemu JJX .

Aku menunggu JJX di perhentian bas kat depan Centre Point Kemaman .
Kalau tak silap aku , JJX baru sampai dari Kuala Terengganu .
JJX datang Kemaman pun atas urusan kerja .
Empat hari tiga malam  je .

Hari pertama jumpa JJX , ya Allah , hati aku gelisah yang teramat sangat .
Perasaan takut menyelubungi diri .
Nasib baik ada seorang kakak , 
kak Nadia aku panggil ,
yang teman aku mesej sepanjang keluar dengan JJX .

Masa aku nak melangkah masuk ke dalam kereta JJX , aku teragak-agak .
Aku tanya JJX , " ni JJX ke ? "
JJX jawab , " ye , masuk lah cepat . "
Dengar je arahan daripada dia , spontan aku terus masuk .
Aku mendiamkan diri aku .
Jantung aku memang tak terucap la , memang laju degup jantung aku .
Tangan terketar - ketar , 
aku selindungkan dengan menggosok-gosokkan tangan aku kat telefon bimbit .
Laju je aku taip mesej kat Kak Nadia ,
Aku hantar mesej camni 
" Kak , jue takut la . Camne ni . "
JJX tanya aku , " haa , mesej ngan siapa tu ? "
aku jawab , " dengan kawan sekerja , kenapa ? " sambil tersengih memandang JJX . 
Konon nak selindung rasa takut . hehe
JJX tanya lagi , " Jue takut ngan JJX ke ? "
Aku terus jawab , " eh , mana ada , nak takut apanya ngan JJX . " dengan muka yang sangat yakin .
Aku tersenyum puas sebab yakin dengan jawapan aku .
JJX pun cakap " habis tu kenapa hantar mesej kat kawan cakap takut ? "
Aku terkejut . Mana dia tahu ni ? Dia intai aku mesej kak Nadia ke ?
Aku jawab , " eh , takde la . bila plak Jue hantar mesej camtu . " Aku cuba yakinkan JJX ,
JJX tersengih .
Aku pelik . ' apahal mamat ni ? ' aku mengomel di dalam hati .
JJX tanya lagi , " habis tu kalau betul Jue tak takut dengan JJX , kenapa salah hantar mesej kat JJX ? Siap cakap takut la . Betul kan ? Ni mesej Jue tadi . " terus dia tunjukkan telefon bimbit dia .
Aku terdiam . Tersengih macam kerang busuk .
Aku jawab , " mana ada , err . Jue bukan takut dengan JJX , err . Jue nak hantar mesej tu kat kawan Jue , nak cakap yang Jue takut err . Jue takut tunggu kat perhentian bas tadi sorang-sorang . Bukan takut dengan JJX . " sekali lagi dengan yakinnya aku berkata-kata .
JJX soal lagi , " nak takut apanya kat perhentian bas tu ? "
dengan berbekalkan sedikit idea , aku menjawab , 
" kat situ bahaya , kawan Jue cakap ada yang kena ragut , kena rompak kat situ . mesti la Jue takut . hehe "
aku tersenyum ketakutan . 
mesti la takut ,
takut alasan yang aku bagi tu tak diterima pakai oleh JJX .
JJX tanya lagi , " bahaya ei kat situ ? Okay , takpe la kalau macam tu . JJX ingatkan tadi Jue takut dengan JJX . " JJX tersengih memandang aku .
' haish budak ni , tahu tahu je aku takut ngan dia ' ngomel lagi aku kat dalam hati .
Aku cuma tersenyum memandang ke arah dia .

suasana sepi tiba-tiba apabila kitaorang mendiamkan diri .
aku nak tergelak pun ada jugak sebenarnya ,
ye lah , manakan tidak ,
boleh pulak aku tersalah hantar mesej tu kat JJX .
Mati mati aku ingat aku hantar mesej tu kat kak Nadia .
Aku cuba membayangkan macam mana la reaksi Kak Nadia kalau dia dapat tahu .
Bayangan aku terhenti apabila JJX tetiba bersuara menanyakan aku
" kita nak pergi mana ni ? "
aku laju je menjawab 
" ikut JJX la , JJX yang bawak kereta , bukan Jue " aku tersenyum memandang JJX .
" kalau ikut JJX , JJX bawak Jue balik rumah dah ni . " JJX tersenyum sambil senyum gatal .
" eh , mana boleh macam tu . " spontan aku menjawab . naik seram jugak aku dengar JJX cakap camtu .
" habis tu tadi cakap ikut JJX ? " JJX tak mahu mengalah .
" JJX sampai tadi mesti laparkan , tak makan lagi . kita pergi kedai makan je la kalau macam tu . "
Aku menjawab bersahaja . Malas nak layan . Takut nanti makin di layan makin menjadi-jadi .
JJX mengikut saja usulan ku .
Hampir 15 minit berlegar di bandar Kemaman , sebuah kedai pun tidak kami jejaki .
JJX merungut " cakap tadi nak pergi kedai makan , daripada tadi pusing , tak singgah pun . "
Aku membalas " la , ikut JJX la nak singgah kedai makan mana , Jue okay je . "
JJX menjawab " JJX mana la tahu nak singgah kat mana . adooi .. "
" kalau nak , kita beli je la apa yang patut kat pasar malam , hari ni ada pasar malam , nanti dah beli , kita pergi je mana-mana untuk makan . " aku memberi cadangan .
JJX jawab " ala , susah la macam tu , kita cari je la kedai-kedai makan kat tepi jalan . "
Aku hanya mengangguk .
Aku terus bagi petunjuk pada JJX untuk ke sebuah kedai makan yang aku pernah kunjungi .
Masa kat kedai makan tu , suasana agak lengang sebab tak ramai pelanggan .
Aku mengambil tempat berhadapan JJX .
Ya Allah , sekali pandang je kat mata dia , aku dah tertarik .
Mata dia cantik . Aku malu nak bertentang muka dengan dia .
Sekali lagi kitaorang membisu.
Aku banyak memandang ke arah sekitar kawasan sekeliling berbanding wajah JJX .
Sesekali mata kitaorang bertaut .
Aku hanya mampu menghadiahkan sebuah senyuman saja pada dia dan dia hanya bersahaja .
Setiap kali dia mengalihkan pandangan dia daripada menatap aku , aku akan merenung wajah dia .
Boleh tahan , rambut panjang sedikit ikal . 
Baru aku perasan , dia pakai spek semasa memandu saja .
Masa kat kedai makan tu , dia bukak spek dia dan letakkan kat atas meja .
kalau tak silap , jenama spek dia , ray ban .
*err , betul ke ek ? aku dah ingat - ingat lupa .
Hampir 20 minit kat kedai makan tu , kitaorang ambil keputusan untuk balik .
Semasa kitaorang melangkah keluar daripada kedai menuju ke kereta ,
aku ingat lagi , aku ada beritahu dia 
" JJX nak tahu tak , kereta JJX sama macam kereta Abang Long Jue , cuma warna je yang lain . "
JJX bertanya " ya ke ? " sambil tersenyum dan melangkah masuk ke dalam kereta .
Begitu juga dengan aku , masuk saja di dalam kereta , aku memberitahu JJX
" iya , betul . Sama . Fragrance yang JJX guna pun sama dengan Abang Long . "
" Jue rasa macam keluar dengan Abang Long Jue je . hehehe " aku ketawa kecil apabila terfikir sedemikian .
JJX mendengus " mana boleh rasa macam tu . "
aku menjawab " biar la . takleh ke ? "
JJX hanya mendiamkan diri .
Aku pun terus berkata pada JJX
" nanti hantar Jue kat pintu masuk belakang Centre Point eh ? "
Mendengar sahaja kata-kata ku , dia terus memandu menuju ke arah destinasi yang aku katakan tadi .
Sepanjang perjalanan tu , JJX tetiba je bersuara
" Alamak , JJX lupa la nak bawak pencuci muka . Kat mana nak cari ek kat sini ? "
" kalau nak , kita singgah la kat Watson jap ? " aku bagi cadangan .
JJX menggeleng .
" dah pukul 6.45 ni . Pintu gate tutup kul 7.00 . nanti JJX takleh nak masuk dah . "
Baru aku teringat , JJX menginap kat tempat dia berurusan untuk kerja .
Jadi agak sukar untuk dia ke mana-mana tanpa perlu mematuhi masa yang ditetapkan .
" kalau macam tu , biar Jue belikan je la . Selalu pakai apa ? "
JJX menjawab " takpe ke Jue beli kan ? emmm . kalau boleh , JJX nak Garnier for Men "
sekali lagi laju je aku menjawab " alamak , yang tu  takde kat tempat Jue "
Kebetulan hari tu aku ada cari jugak pencuci muka jenama itu untuk abang aku kat tempat aku kerja , tapi tiada stok .
" kalau macam tu , beli je la jenama apa pun . JJX tak selesa kalau tak cuci muka dengan pencuci muka . "
Pertuturan JJX tatkala itu menggambarkan yang dia betul-betul tak selesa kalau tak cuci muka dengan pencuci muka . Aku tersenyum . Tak sangka dia jenis yang jaga muka . 
Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata JJX tanda mengerti .
Sampai saja di destinasi , aku ucapkan terima kasih , dan JJX memberitahu ku
" nanti malam , Jue temankan JJX makan , boleh ? nanti JJX mesej . "
Aku terkejut tapi masih sempat mengangguk dan terus keluar daripada kereta .
Aku melangkah dua tiga langkah dan berpaling memandang ke arah kereta JJX yang berlalu pergi .

hehe penat jugak ek nak cerita semula apa yang telah terjadi , tapi sesungguhnya ianya adalah sebuah kenangan yang tak mungkin aku lupakan . kejadian yang berlaku selepas daripada pertemuan ini lagi meninggalkan banyak kenangan kepada aku . bermula daripada pertemuan ini lah yang menyebabkan aku sedar , aku tak boleh hidup tanpa dia . Sebab dia selalu ada untuk aku . 
I miss you , JJX .

p/s : if you're reading this , my JJX , I'm sorry . I just want to share my feeling about you . because I can't bears all about you anymore .








Saturday, November 5, 2011

JJX is not stands for Juliana Jamalluddin Xboyfriend . =)

P/s  : Entri kali ni tentang JJX . =)

Perkenalan yang tak sampai setahun buat aku jatuh sayang kat dia . 
tak tahu kenapa .. sayang tu tak kira bila masa dan tempat kan ? 
orang cakap sayang tak sama dengan cinta . 
sebenarnya aku sayang dia = aku cinta dia . itu bagi aku . hehe
 aku cuma cakap sayang , sebab aku malu nak ngaku aku cinta dia . haha 
ye la , takkan aku nak ngaku aku cinta dia , 
sedangkan aku cakap kat dia , aku sayang dia pun , dia tak bagi respon . 
huhurm malang betul .. 

mungkin betul cakap kawan aku , jodoh aku nanti aku jumpa bila dah bekerja kot . 
takleh ke dia jadi jodoh aku ? tak sesuai ei ? umm ummm 
entah entah dia tu suami orang , kan ? 
aku dah la tak tahu sangat pasal diri dia . 
cinta aku ni cinta monyet ke ? 
tak tak tak ... 
takkan cinta monyet kot . 
ummm 
cinta bertepuk sebelah tangan je . hahaha
 umm .. 

Aku suka tengok dia pakai spek , 
sebab dia akan mengingatkan aku kepada senior aku . 
tapi dia nampak lagi sweet bile tak pakai spek . 

Gigi dia ! 
aku suka tengok gigi dia . hehe 
kalau tengok gambar dia , aku akan tengok gigi dia . hehe 
dia amik gambar tak kacip bibir , sape suruh . 
memang nampak la gigi dia . hehe
 tapi aku suka . 
kawan aku cakap kat aku , 
suh bagitahu kat dia , lain kali amik gambar , kacip bibir , baru tak nampak gigi . hehehe
tapi aku tak bagitahu pun kat dia , sebab aku takut dia marah aku tunjuk gambar dia kat kawan aku . ummm
salah ke aku tunjuk gambar orang yang aku sayang kat kawan aku ?
 sekurang-kurang nya kawan aku tahu rupa lelaki yang selalu buat aku menangis malam-malam . 
err .. sorry AWAK .. =) hurmm .. 
I miss you so damn much . I wanna meet you .

err .. tersentimental lak kat sini .. hehehe 
mata dia menarik perhatian aku . 
sebab tu aku cakap dia lagi sweet tak pakai spek sebab mata dia cantik . 
sangat cantik . 
aku tak tahu nak describe camna . 
mata redup ke ?
 err .. bukan kot . 
mata kuyu ? 
hurmm .. 
ye kot mata kuyu .. 
err .. hehe 

dia cakap dia jahat , ada ke orang nak ngaku diri sendiri jahat kalau dia takde wat pape pun ?
 hurm .. aku pun tak tahu . 
Walauapapun , aku tetap tak percaya dia jahat , 
sebab di mata aku , dia yang paling baik . 
Sebab tu aku sayang dia . Sayang sangat-sangat . 
No other words I can express to show I love him very much . ermm ... 

perbezaan umur antara kitaorang , 7 tahun . ketara sangat ke ? 
huhurmm ... cinta tak kira usia .. 
err .. apa aku ni , dia tak cinta kan aku pun , aku je yang sayangkan dia . hurm .. 
aku teringat masa aku dengan dia mula-mula kenal , 
dia selalu ade dengan aku mase boy aku wat tak endah kat aku . 
Sampai la sekarang aku dah clash dengan boy aku , dia sentiasa ada dengan aku . 
Banyak masa yang dia luangkan untuk aku , walaupun hanya dalam mesej . 
Aku hargai sangat-sangat , 
terkadang aku terasa kenapa la aku tak kenal dia sebelum aku kenal ex boy aku . hurm .. 
ntah ntah dia anggap aku ni adik dia je ? ummm
 ape je yang dia cakap , yang memburukkan diri dia , 
aku tak pernah percaya , aku pun tak tahu kenapa . 
aku cuma tak mampu nak percaya je sebab dia adalah orang yang aku sangat sayang .
=)

Wednesday, November 2, 2011

Expression ?

My friend has been complain to me because of the updating status on Facebook by me . 
It just because I update my status more than 10 status in a day . 
Is it a mistake by me to always update status ? hurm ..
My life lately gone so crazy . My emotion not stable .
 I didn't realise it , but my friends told me , they saw me like having a problem . 
I don't know either it is true or not . I get depressed when all the things I want , always can't be achieved . 
Do I ? huh .. maybe .. I hope , this blog can be my diaries . 
I do need someone to be the listener but mostly of my friends , they also their own problem , 
so I don't think I should ask their help to be the listener .
One more thing , I can't sure all my friends can stand with my problem , 
because I'm the one who create the problem , so , it serves me right to having this problem . haish =,=" 
and I know , most of the people I know doesn't interested to listen to my problem by the way I delivered it . Am I the one who always give problems to other ? hurm .. 
Lately I was confused with my presence in this world . Am I useless ? 
I think I have give too much trouble to my family and my friends . Do I think too much ? 
Somehow I have thinking , 
It much better for me to leave this world because I just causing much trouble in this world .
Ahhh ... my word just like the person who have give up . 
I don't ask you to understand my writing , but to understand me . :'( 
thanks for reading this .
I love my family and my friends .
Thanks for always be there for me .
>.<

English ?

It has been a long time since the last time I work in with this . haha my broken English . 
Just ignore it as you still understand what I want to talk about . 
Lately I'm busy with the college life which is take 2/3 of my time to spend on . 
I have no time to work in this except on Facebook . huhu 
I'm sorry my dear blog because doesn't give any attention to you anymore . 
There's a good new that I want to tell you , next month will be the starter of my last semester . 
I just can't wait to finish my study . 
My lecturer said , it's okay if we used manglish as long as the other people understand what we talking about . Do you know what is Manglish ? Manglish is the combines word of Bahasa Malay and English . hahaha
I need to practice on my English although my English is bad . huh ! 
I just want to learn from someone who are willing to teach me sincerely . heheh 
Who are here willing to teach me English ? If not , I'll volunteer myself to teach . 
Today we'll learn about singular and plural bla bla bla bla ... 
I have no skill to teach because I was born not to teach but to learned . =) 
ah.... I have no idea to talk about . 
There's nothing I can do to solve my problem , and here is the place for me to get some peaceful . 
I don't know why but I think this place much calmer for me instead of Facebook . 
Facebook just make me feel the burden of waiting someone . OMGoodness.. 
Here must have a lot of grammatical error , don't you think so ? 
urh .. I still need to learn a lot from my lecturer how to reduce the grammatical error . =.="

I have a nice song for you , hope you enjoy it . Click here if you want to hear that song .

Wednesday, July 20, 2011

Second Week yang agak memenatkan !

baru je second week, dah bermacam macam assignment lecturer berikan. Hari ni beri, esok dah nak kena hantar..pergh.. tipu je.haha tapi serius penat, dah la tak paham pape pun lagi, tetibe dah dapat assignment yang ntah pape. nak cari maklumat bukannya senang. nak kene tanye pak cik google lagi. Plak tu pak cik google dah nyanyuk, lain yang di tanye, lain yang di jawabnye. agak kelam kabut la jugak nak siapkan assignment kali ni. huhu  =.=''

sibuk punye la sibuk, sampaikan dah terabaikan banyak perkara. yang paling takleh dilupa kan, mak telefon tanye khabar. siap membebel lagi, sebab tak contact langsung keluarga kat kampung.hehe :)

aduiii.. dah tak sabar ni, lagi 2 hari iaitu esok dan lusa aku nak kene puasa. tu la, orang suh ganti awal awal tak nak, sekarang mula lah terpaksa berpuasa dengan hari yang makin banyak kerja kena buat. pergh... penat kowt.. balik je daripada kelas terus tertidur kat umah. haha

gamaknya camna la esok ei? Sebab kiteorang kena menghadapi seorang lecturer yang agak kurang disenangi kerana sikapnya yang agak mengjengkelkan. hahaha tak sabar nak tunggu kelas dia esok. ntah ape la plak reaksi dia kat kiteorang ni kali ni.

Thursday, July 14, 2011

Grenade !

lagu ni memang best . haha tetibe je aku ni . dengar lagu ni sambil layan perasaan frust . memang menitis jugak la kan air mata ni bila terlampau layan sangat perasaan . orang tu tak pape pun , kita plak yang lebih-lebih . kalau dah bukan jodoh , nak buat camne kan ? 

you said you loved me , you ' re a liar , because you never ever ever did , baby .

sebaris ayat ni dah bagi erti yang cukup mendalam bagi aku . sebab aku tahu dari awal kita couple , memang kau langsung takde perasaan . kau pura - pura dengan aku . kenapa la aku tak terfikir aku ni mangsa keadaan je ?

easy come , easy go , that ' s just how you live .

aku harap kau serius kali ni dengan pasangan baru kau . cukup - cukup la buat orang menderita . tak cukup lagi ke dengan apa yang kau alami ? perlu ke nak buat semua perempuan kecewa dengan lelaki sebagaimana kau kecewa dengan perempuan ?

i ' d still catch a grenade for you , throw my hand on the blade for you , i ' d jump in front of a train for you , you know i ' d do anything for you .

memang mustahil la aku nak buat semua tu , tapi tak cukup lagi ke dengan apa yang aku dah beri kan ? apa yang kau mintak , aku cuba beri sedaya - upaya yang termampu . sememangnya kau tak pernah hargai apa yang telah aku beri kan .

 yes i would die for you baby , but you won ' t do the same

kenyataan ini memang tepat . jarang lelaki sanggup buat benda yang sama macam perempuan . tapi aku tak cakap semua lelaki macam ni . aku dah bagitahu awal - awal ni , tak semua lelaki macam ni . tapi kebanyakan lelaki yang aku kenal memang semua macam ni . malang kan nasib aku ? hahaha

kalau lah hidup ini seindah novel , tapi Allah dah buat jalan hidup kita lagi baik daripada semua itu . Jalan hidup yang Allah atur kan lagi menarik daripada novel walaupun agak perit untuk dilalui . Setiap yang pahit hempedu  itu pasti akan di sulami dengan manis madu .

i would go through all this pain .

Saturday, July 9, 2011

Demi report ku pertaruhkan kaki ku!

gila la tajuk..haha serius tak tipu.

semata-mata nak anta report, sanggup meredah perjalanan sehingga kaki melecet. berdarah bagai.
mak aih.. nasib baik report tak di reject. thanks lecturer kerana sanggup menunggu kiteorang walaupun terpaksa menunggu lebih mase.

sepatutnya kena hantar report sebelum kul 12, tapi lecturer sanggup tunggu kiteorang anta report. kul 12.35 kowt kiteorang anta. setengah jam lecturer tunggu. hehe

nak wat cmne, tak leh nak salahkan kiteorang jugak, kiteorang da siap siap nak anta da kul 9 pg tu, tapi lecturer ckp byk kene buat perubahan.fotostat itu la, ini la, binding la.macam macam,tu yang makan mase lame sebab ramai yang kena buat macam tu jugak.huhu memang beratur panjang mase nak fotostat n binding..

kiteorang ni dah la print berwarna, tup tup dapat tau, lecturer nk salinan report je.tak perlu warna2 bagai.. mak ai.. kiteorang memang orang kaya kowt sampai bagi salinan report berwarna. haha

dalam surat yang kiteorang terima takde plak cakap nak salinan je.tu yang kiteorang print colour. sedih kowt.. batch kiteorang salu kene perubahan yang drastik. sedih sedih..

tarikh hantar report = 4 julai 2011 akan ku kenang selagi hayat dikandung badan. haha hari paling memenatkan + menyakitkan. pedih siot.. haha

Friday, July 1, 2011

CONTEST BERSAMA BEAR !!





tadi tengah-tengah berblogwalking, tetibe je terjumpe contest ni n rase nak join plak.whaa
ni first time join contest,tau tak.hee
tak salah mencuba kan?
kalau ada yang berminat nak join,klik gambar kat atas ni ok?hehe
ok ok..
sebenarnya tadi rase nak join sebab aku ada satu gmbar dengan teddy bear.
tu yang buat aku rase nak join. kekeke :p
gambar yang aku cakapkan tu,gambar ni ha,
-
-
-
-
 

 gambar ni mase bulan puasa tahun lepas.sempat lagi aku amek gmbar kt dalam kedai.
mase ni aku tengah window shopping kat Plaza Alam Sentral,Shah Alam. hehe 


Thursday, June 30, 2011

Wooyoung masa kecik-kecik.. Mesti Comel!

Lagi beberapa hari je lagi aku nak balik shah alam. Tapi report aku masih lagi ade setengah baki yang tak siap. Boleh tak aku nak tangguh semester? haha takde keje betul nak tangguh semester hanya sebab tak siapkan report. aduyai... hari ni hari khamis.. sepatutnya anak buah aku yang nakal datang umah. whaaa.. tak sabarnya nak jumpa dia. rindu giler. aku tengok dia,terus teringat kat woo young.haha of course la tak same, tapi aku nak sangat anak buah aku ni nanti besar jadi cam wooyoung. hensem n cute. hehe

credit to google image
 
 
ni ariff, anak kedua abg long aku.

tak same ek? haha apa-apa aje la. teruk gile screen kmera henset aku, ni anak-anak buah aku la ni yang buat jadi macam ni.hee


yang paling suke menjahanamkan henset aku, budak dua orang ni ha,


ni la ifah n iwan, anak abg Ngah aku. 
(xde keje betul la ank buah aku ni posing mulut cmtu.kekeke :p)

aduyai..aku xde save la plak gmbr Adam, abg kepada Ariff. huhu nanti ade mase, aku ltak gmbr dia. Dah la diaorang tak jadi datang umah hari ni. Memang tak sempat la nak jumpe jawabnya, sebab ahad ni aku da nak balik shah alam. whaaaa.. Diaorang duk kat Kuala Terengganu, Aku duk kat Kemaman. Dua jam perjalanan. Jauh gak uh.
Kalau ifah ngn iwan, memang diaorang selalu ada kt umah aku. Sebab umah dekat je. hehe


Mood : nak siapkan report cepat. haha :p

Saturday, June 25, 2011

JACKnJILL ROLLERCOASTER !

gambar ni ambil dari google,hakmilik blogger Syaza :)

Aku suka JACKnJILL perisa CHEESE. Dah menjadi kegilaan aku untuk makan snek ni sekarang. haha Tengah buat laporan pun sempat lagi makan snek ni. Kalau menulis tu, aku tak kisah sangat law nak makan, sebab aku kidal. apa susah, makan je la dengan tangan kanan. hehe Ni nak menaip, agak kekok la jugak menaip dengan satu tangan. Macammana ntah aku boleh suka makan snek ni. dulu tak suka pun. huhu mungkin sebab aku ni jenis yang not up to date kowt. sebab tu lambat sikit sampai information yang snek ni memang sedap. hahaha

AWAS : kepada yang tak suka snek ni, jangan marah ye. aku tak maksudkan yang korang pun not up to date macam aku. hehe :p

Thursday, June 23, 2011

Perasaan yang takleh digambarkan !!

Gosh! aku mimpi ke apa ni? macam tak percaya je. Memang susah aku nak bagitahu camne.
Aku mula kenal dunia blog ni sejak aku tertarik dengan tajuk sebuah blog ni. Tajuk dia memang menarik perhatian aku. haha bile dah bace blog dia, lagi la buat aku tertarik nak kunjungi setiap hari. Boleh dikatakan semua entri dia aku suka.Terbukti yang pemilik blog tu tak gay, sebab dia da kawen. tapi ade je yang gay walaupun dah kawen. hehe aku rasa, mesti ada yang dah boleh agak blog siapa. adui.. ku nak cakap benda lain sebenarnya tadi, tapi da lupa da..hehe dek kerana minatnya aku dengan blog beliau, akhirnya otak aku telah menyarankan aku untuk bergelumang dengan dunia blog ini. cait..ayat aku ni memang tak boleh blah. mau ade yang marah ngan aku nanti. hehe gomenasai!!

Walau macam mana sekalipun pun, terima kasih la kat dia sebab sudi tengok blog aku ni. Memang aku tabik spring la kat dia. aku pun tak tahu nape aku leh suke bace blog dia. lame gak aku tunggu entri baru daripada dia, baru aku tahu kenapa amek masa lama, rupanya dia pergi honeymoon dengan isteri dia. law tak caye, tekan sini. itu merupakan blog isteri dia. gile punye sweet la pasangan ni. haha da macam rupa kawan sekolah aku je aku tengok diaorang berdua. Sumpah aku tak tipu. kawan aku jadi saksi. kawan aku pun terkejut bila tengok gambar diaorang.

Tapi perbezaan umur yang agak ketara tu menyumbangkan satu jawapan kat aku n kawan aku yang diaorang ni tak mungkin kawan sekolah aku. haha tak melampau ke aku cakap perbezaan umur yang agak ketara sedangkan diaorang 20+ dan aku plak baru je genap 20. hehe gedik ah kau..


mula tu cam tak percaya jugak yang dia ni berblogwalking kt blog aku, ye la, setakat bg komen kt shoutbbox, ada je orang leh menyamar jadi dia,tapi aku dapat satu bukti yang kukuh, memang dia! hehe aigoo.. dah hilang dah fokus aku nak buat report, tak pe la, berbekalkan semangat yang ada ni, aku akan tetap cuba fokus dengan pembikinan report aku yang bertangguh tu.

thanks sekali lagi,sebab sudi berkunjung ke blog ini. Bagi yang masih lagi tak tahu n nak tahu siapa dia yang sebenar, klik sini..
tak lupa jugak terima kasih kat sesiapa yang berkunjung ke sini.
sebelum terlupa, hehe ada lagi sorang, thanks to Budak Botak sebab sudi datang sini n follow. :)

p/s: kepada yang berkenaan, jangan disebabkan aku tak mention korang lam entri ini membuatkan anda terasa diri anda tidak dihargai,kerana yang menulis ini adalah aku, dan aku je yang tahu betapa diri anda begitu berharga.. hee :))

Seminggu yang Kritikal !

Ada lagi lebih kurang seminggu untuk aku siapkan laporan latihan industri. Kena bermati-matian untuk dapatkan maklumat dan isi-isi yang betul dalam tempoh yang kritikal ni. haha tu la, orang suh siapkan laporan dulu tak nak, pentingkan keje part time sangat. sekarang tengok siapa yang rugi.. mak aih, dah la gaji tak masuk-masuk lagi. okeh okeh, lupakan dulu sal gaji, sekarang ni tingkatkan usaha untuk siapkan laporan dulu. hahaha
nak tingkatkan usaha camna law diri asyik terfikir sal nak usha blog orang je. abang-abang kat umah dah bising, kononnya prihatin kat aku, cukup-cukup la tu on9, p siapkan report dulu, padahal diaorang ada udang di sebalik mee. ingat aku tak tahu yang diaorang tu sebenarnya nak on9 plak. (umah aku ni pakai modem biase je, xde wifi, sebab tu kene FCFS. FCFS tak tahu? First Come,First Serve la. kekeke :p law ade wifi, takdenye aku nak berebut-rebut dengan abang aku untuk 0n9. Peace !)
haish nyamuk ni, orang nak berblogging pun, sibuk dia nak kacau. banyak plak diorang ni keluar time Maghrib camni. ok lah, wish me luck(sempat siapkan report yang memerlukan minimum80m/s tak termasuk lampiran.) mak aih.. pening kepala. Nak tengok anime kateikyoushi hitman reborn jap, semalam penat-penat loading, tibe-tibe je blackout. tau-tau je la pc, habis terpadam semua. geram geram.. hehe