haha tajuk cam apa je . sebenarnya aku nak bagitahu 10 benda tentang aku yang perlu diketahui . Sebelum tu , kasar ke kalau aku bahasakan diri aku ni , aku ? hee okeh okeh , back to the topic , ada banyak benda yang perlu diketahui tentang aku , tetapi sebaiknya 10 sahaja pun dah memadai ,bukan ? tak perlu banyak-banyak sebab tak penting sangat pun . hee
10 benda yang wajib diketahui tentang aku adalah seperti berikut ;
1. Aku adalah seorang pelajar Politeknik Shah Alam
(agak terkilan la jugak bila orang selalu tanya aku belajar kat mana ,aku jawab kat shah alam ,semua ingat aku belajar kat UiTM . huuu )
2. Aku satu-satunya pelajar yang berasal daripada Terengganu dalam kelas aku
(ini membawa maksud aku adalah orang pantai timur , tempat lahir aku di Kemaman . hee )
3. Aku adalah perempuan
(takut-takut ada yang takleh nak bezakan aku ni perempuan atau lelaki atau Nyah . haha)
4. Aku anak kelima daripada lima beradik.
(aku ada empat orang abang , dan ia membawa makna aku adalah anak perempuan tunggal lam keluarga aku . tapi tak bermakna aku ni anak manja . tidak sekali-kali . hee)
5. Aku ada lagi setahun untuk habiskan pelajaran aku di Politeknik
(aku baru je habis praktikal di Pejabat Tanah Kemaman . nak kata baru lagi tu , tak jugak . hee dah sebulan lebih aku habis praktikal , tapi report praktikal aku tak siap-siap pun lagi . hee)
6. Aku baru je mencapai umur 20 tahun pada awal bulan Mei yang lepas
(siapa leh teka tarikh lahir aku dengan betul , memang hebat la ,dan aku tak teragak-agak nak bagi hadiah . kecuali kawan kawan aku yang sememangnya dah tahu tarikh lahir aku .hohoho)
7. Aku bukan tak suka kena marah
(ada ke orang yang suka kena marah ? haha mungkin ada segelintir orang suka kena marah tapi aku ni jenis yang cepat terasa , iya la, nama pun perempuan , perasaan perempuan kan halus . orang tinggi suara sikit pun , aku dah terasa . tapi tak bermakna aku ni manja . memang semulajadi begini . hee)
8. Aku senang terima teguran orang
(oleh kerana aku jenis macam ni , jadi tak perlu nak marah marah aku sekiranya aku ada buat silap . Ini adalah salah satu cara aku nak mengelak kena marah . haha)
9. Aku mudah percayakan orang
(ini kawan aku yang beritahu aku , aku tak tahu betul ke tak , tapi mungkin betul kowt , sebab dah banyak kali aku dipermainkan orang , termasuk kawan-kawan aku . huhu)
10. Aku lagi suka tidur daripada ulangkaji
(kalau tak tidur , aku lagi suka main-main daripada ulangkaji , sebab itu kawan kawan serumah aku selalu tegur aku . bagi aku , ulangkaji tu buat sakit kepala je . haha kalau aku insaf dek kerana kawan-kawan aku , ada dalam seminggu jugak aku duk ulangkaj , tapi lepas tu aku buat hal balik . hee)
ini je yang termampu aku buatkan. jenuh jugak aku duk fikir, nak bagitahu apa, banyak sangat yang bermain lam fikiran aku. Hanya orang yang kenal aku je yang tahu aku macam mana. hee
He3, ingatkan lelaki...
ReplyDeleteEntry terbaru -> Blogger Buat Segmen Wordless Wednesday & Spontaneous Thursday Patut Bersara... (",)
hehe pompuan la. adeh.. (T_T)
ReplyDelete