Thursday, June 30, 2011

Wooyoung masa kecik-kecik.. Mesti Comel!

Lagi beberapa hari je lagi aku nak balik shah alam. Tapi report aku masih lagi ade setengah baki yang tak siap. Boleh tak aku nak tangguh semester? haha takde keje betul nak tangguh semester hanya sebab tak siapkan report. aduyai... hari ni hari khamis.. sepatutnya anak buah aku yang nakal datang umah. whaaa.. tak sabarnya nak jumpa dia. rindu giler. aku tengok dia,terus teringat kat woo young.haha of course la tak same, tapi aku nak sangat anak buah aku ni nanti besar jadi cam wooyoung. hensem n cute. hehe

credit to google image
 
 
ni ariff, anak kedua abg long aku.

tak same ek? haha apa-apa aje la. teruk gile screen kmera henset aku, ni anak-anak buah aku la ni yang buat jadi macam ni.hee


yang paling suke menjahanamkan henset aku, budak dua orang ni ha,


ni la ifah n iwan, anak abg Ngah aku. 
(xde keje betul la ank buah aku ni posing mulut cmtu.kekeke :p)

aduyai..aku xde save la plak gmbr Adam, abg kepada Ariff. huhu nanti ade mase, aku ltak gmbr dia. Dah la diaorang tak jadi datang umah hari ni. Memang tak sempat la nak jumpe jawabnya, sebab ahad ni aku da nak balik shah alam. whaaaa.. Diaorang duk kat Kuala Terengganu, Aku duk kat Kemaman. Dua jam perjalanan. Jauh gak uh.
Kalau ifah ngn iwan, memang diaorang selalu ada kt umah aku. Sebab umah dekat je. hehe


Mood : nak siapkan report cepat. haha :p

Saturday, June 25, 2011

JACKnJILL ROLLERCOASTER !

gambar ni ambil dari google,hakmilik blogger Syaza :)

Aku suka JACKnJILL perisa CHEESE. Dah menjadi kegilaan aku untuk makan snek ni sekarang. haha Tengah buat laporan pun sempat lagi makan snek ni. Kalau menulis tu, aku tak kisah sangat law nak makan, sebab aku kidal. apa susah, makan je la dengan tangan kanan. hehe Ni nak menaip, agak kekok la jugak menaip dengan satu tangan. Macammana ntah aku boleh suka makan snek ni. dulu tak suka pun. huhu mungkin sebab aku ni jenis yang not up to date kowt. sebab tu lambat sikit sampai information yang snek ni memang sedap. hahaha

AWAS : kepada yang tak suka snek ni, jangan marah ye. aku tak maksudkan yang korang pun not up to date macam aku. hehe :p

Thursday, June 23, 2011

Perasaan yang takleh digambarkan !!

Gosh! aku mimpi ke apa ni? macam tak percaya je. Memang susah aku nak bagitahu camne.
Aku mula kenal dunia blog ni sejak aku tertarik dengan tajuk sebuah blog ni. Tajuk dia memang menarik perhatian aku. haha bile dah bace blog dia, lagi la buat aku tertarik nak kunjungi setiap hari. Boleh dikatakan semua entri dia aku suka.Terbukti yang pemilik blog tu tak gay, sebab dia da kawen. tapi ade je yang gay walaupun dah kawen. hehe aku rasa, mesti ada yang dah boleh agak blog siapa. adui.. ku nak cakap benda lain sebenarnya tadi, tapi da lupa da..hehe dek kerana minatnya aku dengan blog beliau, akhirnya otak aku telah menyarankan aku untuk bergelumang dengan dunia blog ini. cait..ayat aku ni memang tak boleh blah. mau ade yang marah ngan aku nanti. hehe gomenasai!!

Walau macam mana sekalipun pun, terima kasih la kat dia sebab sudi tengok blog aku ni. Memang aku tabik spring la kat dia. aku pun tak tahu nape aku leh suke bace blog dia. lame gak aku tunggu entri baru daripada dia, baru aku tahu kenapa amek masa lama, rupanya dia pergi honeymoon dengan isteri dia. law tak caye, tekan sini. itu merupakan blog isteri dia. gile punye sweet la pasangan ni. haha da macam rupa kawan sekolah aku je aku tengok diaorang berdua. Sumpah aku tak tipu. kawan aku jadi saksi. kawan aku pun terkejut bila tengok gambar diaorang.

Tapi perbezaan umur yang agak ketara tu menyumbangkan satu jawapan kat aku n kawan aku yang diaorang ni tak mungkin kawan sekolah aku. haha tak melampau ke aku cakap perbezaan umur yang agak ketara sedangkan diaorang 20+ dan aku plak baru je genap 20. hehe gedik ah kau..


mula tu cam tak percaya jugak yang dia ni berblogwalking kt blog aku, ye la, setakat bg komen kt shoutbbox, ada je orang leh menyamar jadi dia,tapi aku dapat satu bukti yang kukuh, memang dia! hehe aigoo.. dah hilang dah fokus aku nak buat report, tak pe la, berbekalkan semangat yang ada ni, aku akan tetap cuba fokus dengan pembikinan report aku yang bertangguh tu.

thanks sekali lagi,sebab sudi berkunjung ke blog ini. Bagi yang masih lagi tak tahu n nak tahu siapa dia yang sebenar, klik sini..
tak lupa jugak terima kasih kat sesiapa yang berkunjung ke sini.
sebelum terlupa, hehe ada lagi sorang, thanks to Budak Botak sebab sudi datang sini n follow. :)

p/s: kepada yang berkenaan, jangan disebabkan aku tak mention korang lam entri ini membuatkan anda terasa diri anda tidak dihargai,kerana yang menulis ini adalah aku, dan aku je yang tahu betapa diri anda begitu berharga.. hee :))

Seminggu yang Kritikal !

Ada lagi lebih kurang seminggu untuk aku siapkan laporan latihan industri. Kena bermati-matian untuk dapatkan maklumat dan isi-isi yang betul dalam tempoh yang kritikal ni. haha tu la, orang suh siapkan laporan dulu tak nak, pentingkan keje part time sangat. sekarang tengok siapa yang rugi.. mak aih, dah la gaji tak masuk-masuk lagi. okeh okeh, lupakan dulu sal gaji, sekarang ni tingkatkan usaha untuk siapkan laporan dulu. hahaha
nak tingkatkan usaha camna law diri asyik terfikir sal nak usha blog orang je. abang-abang kat umah dah bising, kononnya prihatin kat aku, cukup-cukup la tu on9, p siapkan report dulu, padahal diaorang ada udang di sebalik mee. ingat aku tak tahu yang diaorang tu sebenarnya nak on9 plak. (umah aku ni pakai modem biase je, xde wifi, sebab tu kene FCFS. FCFS tak tahu? First Come,First Serve la. kekeke :p law ade wifi, takdenye aku nak berebut-rebut dengan abang aku untuk 0n9. Peace !)
haish nyamuk ni, orang nak berblogging pun, sibuk dia nak kacau. banyak plak diorang ni keluar time Maghrib camni. ok lah, wish me luck(sempat siapkan report yang memerlukan minimum80m/s tak termasuk lampiran.) mak aih.. pening kepala. Nak tengok anime kateikyoushi hitman reborn jap, semalam penat-penat loading, tibe-tibe je blackout. tau-tau je la pc, habis terpadam semua. geram geram.. hehe