Tuesday, May 31, 2011

Aku atau dia yang patut malu ?

haa..alkisahnya bermula apabila kesalahfahaman berlaku antara kitaorang.
macam siot je. entah macam mana aku boleh tak perasan mamat chester tu tengah naik eskalator kat depan kiteorang. ok ok, sebelum cerita jadi pelik, meh aku perkenalkan individu-individu yang terlibat dalam insiden yag baru terjadi  tadi. aku, serah, wadah dan eini. kiteorang ni promoter kat the store. department baby n children. mamat chester tu kiteorang gelar chester sempena brand yang dia promote. dia promote bahagian bantal bantal n comforter.

nak dijadikan cerita, aku ni takut dengan belon, kebetulan the store dalam perayaan menyambut hari jadi yang ke 43, banyak la belon belon yang bergantungan di dinding.. Wadah suka sangat menyakat aku dengan belon, jadi, sebelum kiteorang berempat ni naik untuk punch card kat tingkat atas, kiteorang sempat lagi bersenda di eskalator. aku kenakan Wadah. aku biarkan Wadah naik eskalator sorang sorang. tinggal la aku, serah dan eini bertiga di tingkat bawah. dari bawah aku nampak Wadah yang berada di tingkat atas. haha

kesian dia, sedih sebab dia sorang sorang je kat tingkat atas. tu la, sape suh dia main belon, dah tahu aku takut belon, usik jugak lagi.. hee aku yang dalam mood nak ceria kan balik si Wadah tu, aku saje la laung kat Wadah " Hye Awak".. nak tengok reaksi dia macam mana.. tengah aku syok melambai kat Wadah, ade orang berpaling ke arah aku..

rupanya ade orang tengah naik eskalator masa tu. MAMAT CHESTER plak tu. mak ai.. si Wadah ni plak takdenye dia nak pandang kat aku yang tengah melambai kt dia, sebaliknya mamat chester tu plak yang berpaling dan memandang kat arah aku,siap angkat kening kowt,ingat aku tegur dia.haha

yang tak tahannya, masa dia dapat tahu aku bukan tegur dia, air muka dia memang gila-gila berubah.lain benar.. adooi.. pecah perut si Serah duk gelakkan aku. Eini plak duk tahan gelak. Aku ni memang tak terkata la. yang mampu aku buat mase tu, tutup mulut dengan tangan. si mamat chester tu plak terus pandang depan n melarikan diri dari tempat kejadian.

so, the moral of the story, perhatikan keadaan sekeliling sebelum kenakan orang. nanti kena pada diri sendiri. wakaka ;)

Monday, May 30, 2011

Hari ini...

Report tak siap lagi. siapa boleh tolong siapkan? whaaa..

 orang lain da siap banyak kowt..
aku ape je yang siap? mak ai...
mau kelam kabut aku dibuatnya nanti..

aku ingat nak berhenti part time 15 hari bulan ni, tapi, bos aku cam berat hati je nak lepaskan aku. aku ni pulak senang kesiankan orang, tengok la macm hari ni, pautnya aku off hari ni, tapi dek kerana kesiankan kawan sekerja aku yang kerja sorang sorang je malam ni, aku ikutkan jugak kerja malam ni.

 masuk kerja pukul 6 petang balik pukul 10 malam. mana ada masa nak siapkan report. letih kowt... hee
 tak hendak seribu dalih la katakan..

hari hari kerja, macam macam cerita aku dapat.
 skang dah pukul 4, nak kuar jap, nanti pukul 6 nak pergi kerja, doakan aku selamat pergi dan balik.. :)

Wednesday, May 18, 2011

Fikiran yang mengarut !

ada ke patut ? hee tengah - tengah duk melipat baju - baju yang di gumpal oleh pelanggan tadi, aku mari teringat tentang seorang customer lelaki semalam. dia berdua je dengan anak dia. anak dia lelaki. baru dua tahun lebih kot anak dia tu. ya Allah.. comel gile anak dia.. putih n chubby.. kelakar bila teringat pasal anak dia. Customer lelaki tu cume nak ukur seluar kat anak dia, masa tu anak dia tengah berdiri, baby lagi la kiranya, yang kelakar nya, mase customer lelaki tu tengah ukur seluar kat pinggang anak dia, boleh plak anak dia tu, angkat kaki nak masuk lam seluar. dia ingat ayah dia tu nak pakaikan dia seluar agaknya. terus ayah dia cakap, nak ukur je, bukan nak pakai kan. iye la, dia cakap pun, lom tentu anak dia paham jugak, sebab anak dia tu baby lg(pada pandangan aku la.hee) tapi bukan ini yang aku maksudkan fikiran yang mengarut, huu..
tadi aku terfikir, macam mana la agaknya law aku kahwin dengan suami orang? huu aku secara tiba- tiba je terfikir cam tu, mungkin sebab terlalu excited tengok orang yang dah kahwin kot... ye la, bile tengok husband orang tu sweet je, terasa diri ini pun nak jugak husband yang sweet mcm tu. hahah mengong btul.. tapi, berdosa ke law kite terfikir macam tu? terfikir nak kahwin dengan suami orang, berdosa ke? ermmm.. aku sebenarnya duk fikir sal customer lelaki tu, kenapa dia datang berdua je dengan anak dia yang baby lg tu? mana isteri dia? mase tu la aku mula terfikir, kalau lah aku dapat kahwin dengan dia, mesti bahagia. hahaha
tak habis habis aku nak mengarut ek.. hee :p

Tuesday, May 17, 2011

Baru baru ini !

Pergh.. patut la kawan aku wat muka blurr je mase aku cakap tak leh check result mase tu, sebab ramai yang tengah check in nak check result kat laman web rasmi politeknik masing masing. rupa-rupanya laman web politeknik dia lagi advanced daripada politeknik aku.hahaha
mana tidaknya, dia boleh check result dia menerusi e-portal pelajar, di mana, dia hanya perlu buka satu laman yang menunjukkan tentang butiran diri dia beserta gambar dan semua maklumat maklumat yang diperlukan, sebagai contoh,markah penilaian berterusan,nilai mata merit n macam macam lagi.huhu tak macam laman web politeknik aku, sejak dari sem satu hingga sem tiga,setiap kali aku nak check result, mesti akan ambil mase sampai tiga hingga empat hari kerana terlalu ramai pengguna yang meng"akses" laman yang same untuk check result.memang aku salute la Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di Kulim itu.hee